Saturday, 14 January 2017

TARAhoneymoon 💏 ~ 10 Tips Travel to Boracay Island, Philipine


Hi blog reader.. 
Okay harini cik kekasih nak story sikit pasal ceritera cinta cik kekasih and encik husband masa honeymoon dekat boracay islad bulan lepas..disamping itu ramai kawan2 yg tanya pasal tips2 nak pi boracay island ni..so sekarang ni cik kekasih tengah free and berkesempatan nak share pasal travel ke boracay island bersama yg tersayang. 
  
Tips 1 : Planning
Setiap perjalanan kena ada plan. 

Siapa yg plan nak honeymoon ke Boracay ni ??
Ini semua adalah idea cik kekasihlah. 
Sebab apa pilih Boracay Island ???
sebab boracay island salah satu tempat honeymoon yg best sangat.. pantai dia yg cantik..pasir dia yg putih..
Macam mana boleh datang idea nak ke Boracay ??
Nak gi honeymoon pon kena fikir modal dan budget juga. nak diikutkan nak honeymoon dekat cameron highland je. tapi di sebabkan bonus masyuk sikit mulalah merenyam tangan ni. dalam hati niat memang nak honeymoon oversea tapi bukan Thailand lagi..sebab Bali encik husband dah pernah pergi. Dok scrol ig ternampak Keith foo and isteri dia bercuti dekat Boracay Island. Boracay island dekat negara Philipine pulak. Philipine antara negara yg cik kekasih and husband pernah jejak lagi. boleh lah ni. terus roger encik husband. encik husband jenis dia follow je.

Tip 2  : Preparation
Kena ada prepation at least 3 month before travel.

Preparation nak honeymoon ke Boracay memang kiteorang dah bincang dah plan 6 bulan sebelum wedding. hambik hg punya excited nak honeymoon. ticket flight cik kekasih sponsor. Sebulan sebelum baru cik kekasih dapat promotion 2 ticket pergi balik. Rm500 sahaja. Disebabkan kami pergi 5.12.16 - 10.12.16 (6 days 5 nights) tiket balik tak sama dengan tarikh balik promotion. Dapat ticket pergi ja 2 ticket pergi balik RM310. Dekat agent airasia.co. ticket balik terpaksa beli dekat agent lain. Mahal sikitlah dalam RM580. bab hotel pulak husband yang settlekan. Kebetulan kiteorang dapat hotel 4stars 1 malam RM250..Hotel Fairway & bluewater newcoast Boracay. duit belanja cik kekasih bawah 1k encik husband bawa 1k. cukupla tu.

Tips 3 : Study
Sebelum pergi ke tempat orang perlu study sedikit sebanyak tentang tempat yg kita nak pergi.

2 bulan sebelum menjejakkan kaki ke Boracay 2 minggu cik kekasih study pasal Boracay ni. yelah nak pergi negara orang. dok terbayang macam mana keadaan kat sana. macam mana nak makan. transport macam mana. jauh ke dekat jarak hotel ke pantai. masa cuaca semua kena kaji dulu. sebab cik kekasih amik pengajaran dari travel sebelum2 ni. langsung tak study main redah je nak pi tempat orang.

Kat bawah ni ada lagi notes yg aku catit sebelum aku pergi sana.

 
Kalau kita pandukan pada peta kat bawah ni, Boracay island ini adalah 1 pulau, dalam pulau tu dia ada 3 station. ada tanda merah yg sederet kat bawah tu. ada tulis station 1, station 2 & station 3. 3 jenis station ni memang kawasan dia sangat berbeza. Kalau perhatikan peta yg diwarna kan hijau muda tu, ada tulis nama hotel kami. kat situlah terletak Fairway hotel dekat station1. 


Perbezaan station 1, 2 & 3..
Station 1 : ini adalah kawasan dia panggil private beach. kawasan yg mana hotel dia semua mahal2. jenis hotel 4 & 5 star je dekat kawasan ni. hotel dia semua yg ada private beach sendiri. depa cakap siapa yg nakkan privacy or yg datang honeymoon sesuai duduk dekat s1.

Station 2: station 2 pulak org panggil medium costlah. hotel kat area sini lebih murah berbanding dekat station 1. tapi dekat station 2 lebih happening sebab ramai pelancong akan tertumpu dekat sini. siapa yg suka night life memang wajib dtg sini sebab memang syok gilaa. D"Mall tempat shopping barang jugak terletak di S2.

Station 3: adalah kawasan yg mana menjadi tumpuan bagi kaki travel and begpackers. sebabnya hotel motel disini sangat murah berbanding di s1 dan s2. cuma kawasan dia tak sehappening s2. malam je kawasan tu mati. dan kawasan tu sgt crowded dgn penduduk tempatan.

Tip 4 : modal/duit


Ini sangatlah penting wahai kawan2. sila buat calculation. prepare budget dan kira cost2 perbelanjaan anda disana. bawalah duit yg secukupnya. 2k yg kami bawa kami still ada balance balik dalam Rm200. 

Tip 5 : travelbeg/hiking beg


Sebab apa cik kekasih suh bawak travel beg ja. sebab bila dekat sana hampa akan naik depa punya transportation. mcm van yg penuh dgn muatan, tricycle depa yg kecik dan bot yg sarat dgn penumpang. masatu 3 4 beg yg hampa dok usung tu pandai2 hampalah nk letak mana. 

Tips 6 : barang emergency/makanan ringan
Jangan lupa bawa barang2 emergency atau penting untuk kita semasa dekat sana. contohnya ubat. charger hp. Nasib encik husband ada plug untuk guna dekat 7 buah negara. selain tu bawalah jajan biskut ke maggie ke sebab dekat sana susah betul nak cari makanan halal. jenuh kami duk menahan kelaparan dekat sana, sebab sebuk urusan wedding sampai xsempat nak beli makanan  ringan pergi boracay. lagipun halal food and segala jenis barang dekat sana mahal2 belaka. cekik darah 1 pinggan nasi arab RM50. 😢


Ini barang penting jugak nak keboracay island, topi, sunglasses, selipar, sunblock. Dekat sana cuaca panas..monopod bagi yg kaki selfie.


Pukul 10.45a.m flight so 2 jam sebelum dah kena ada dekat KLIA2.. for ur info hanya ada 1 flight saja utk keairport kalibo. dari KLIA2..Disebabkan encik husband saya bangun lambat. pukul 9.30 baru sampai Airport. hati dah tak sedap mcm2 perasaan ada takut tertinggal fligt pon yaa..nak dijadikan cerita sampai saja dekat check in kaunter nak print boarding pass. dia minta ticket balik. masa tu aku cuak betul sebab agent ticket aku dia cakap ticket balik cuma bole print lagi 2 3 hari sebelum balik. sebab dia belom dapat confirmation dari pihak dia agaknya. ni pon salah 1 info yg korang kena take note sebab aku pon baru tau ni. kalau nak pergi travel memana luar negara. belilah siap2 tiket balik print siap2. kan dah jadi macam aku..

Terasa teraniaya pon ada masatu. encik husband terpaksa beli tiket balik dekat kaunter air asia dekat situ and nasib agent tu automatic return balik duit aku. tapi ticket yg kami dapat harga dia RM700 ++ untuk 2 orang. kesian encik husband. serba salah aku jadinya..Lepas ni kena lebih berhati2 kalau nak beli ticket dekat mana2 agent air asia.


Departure Hall..

Sebab tak sempat breakfast tambahan 4 jam perjalanan ke airport kalibo. makan dululahh.. ingat kat darat je ke ada calpis.. kat udara pon kami minum pis pis pis..

Tips 7 : buat itinerary 
Rancang perjalanan anda dekat sana.


Macam cik kekasih kalau nak gi short vacay memana dengan encik husband. cik kekasih lah yg selalu buat benda alah ni. tapi macam biasalah lepas dah sampai sana husband selalu rosakkan  itinerary yg cik kekasih buat. dah banyak kali berlaku. ni ada 1 je masih cik kekasih simpan. yg lain semua dah delete sebab ada org rosakkan plan cik kekasih. 😕

 pukul 4.00p.m kami touch down dekat airport kalibo. airport dia kecik ja macam airport subang. kami amik van ke jeti caticlan. pukul  6.15p.m baru kami sampai jeti. masani paham2 lah mood kepala semua dah tak cantik..yelah dah seharian perjalanan. pukul 6 kat sini dah gelap dah. mcm pukul 7 kat malaysia. so kami kena amik bot pulak ke boracay island. dalam 10 minit mcm tu perjalanan. sampai jeti boracay, kena amik tricycle ke hotel. tricycle, bot adalah pengangkutan utama penduduk ni. 

 ni antara tiket2 tambang dan fee yg perlu hampa bayar dekat sana..


Sempat curi tangkap encik husband. penat gamaknya tu dah senget2 dah.

Gambar2 sweet yg belum pernah dipublish dimedia sosial dekat blog ciklavenderose je ada tau..

Tips 8 : bijak pilih hotel
Maksudnya hampa kena bijak pilih hotel yg ada shutter van mcm hotel kami. Atau sebab apa. kat sini hampa bole jimat tambang hampa setiap kali hampa nak keluar. sebab it's free.. 10 kali keluar 10 kali nak kena bayar kat pak supir tu..lari budget hampa. ataupun sewa hotel yg berdekatan dgn d'mall sebab tempat tumpuan dekat situ ja..

Bila dihitung ditolak dikali.. mak ai 8 jam perjalanan ke boracay island ni. tengok muka kami dah minta apa..seriously penat sangat..siapa dah sampai kesini kena explore semua benda kat sini. Kalau x memang rugi..yg bagusnyaa..nasiblah kami dapat hotel yg ada shutter ke D'mall setiap jam. Nasib ada wifi dekat hotel ni. Okay disebabkan keletihan membuak2 tak banyaklah gambar yg diambil masa perjalanan tadi.

Tips 9 : jangan beli aktiviti dekat agent.
 aktiviti2 seperti island hoping, parasailing semua  jgn beli dekat agent2 berhampiran situ.

 maksudnya bila anda sampai D'mall dekat situ banyaj agent2 yg duk cari makan. anda akan di kerumuni agent2 untuk beli aktiviti pantai. ingat jangan mudah tertipu. kalau anda nak lebih murah dan selamat, masuk d'mall sampai hujung kepantai tu amik seblah kanan jalan.. straight je sampai menghala ke S1. kat situ ada booth orang yg jual segala aktiviti lagi murah dan selamat.

Tip 10 : take picture. melawat semua tempat disana.  enjoy the view.


No comments:

Post a Comment