TARAhoneymoon in Boracay Island 💏
Days 1: Perjalanan
8 jam perjalanan dari KLIA2 ke Fairway & bluewater hotel. Pukul 8 malam baru boleh nak rehat2. sebab tepat pukul 12 cik.kekasih nak celebrate birthday encik husband. memang semua telah diplan oleh cik kekasih. nak honeymoon and sambut birthday encik husband yg ke 29 sebagai husband and wife dekat sini. sweet takk ??? 😁
Happy Birthday Encik Suami.. tiada hadiah yang termahal mampu saya beri cuma doa2 yg tak putus2 untuk awak husband. bimbinglah saya hingga ke jannah.
Days 2 : Beranti Social
Pukul 9.00a.m breakfast. konok2 ada buffet breakfast. pergi2 apapon tak ada. bukak menu semua ada pork. potong selera. makan buah je lah jaga kulit..
Nak ikut jadual cik.kekasih harini kiteorg nak buat pergi aktiviti island hopping..disebabkan penat semalam belum habis. encik kekasih minta tundakan aktiviti kepada esok hari sebab harini dia nak berehat petanh sikit baru dia ajak jalan2.
Sebab harini melawat kawasan hotel and berehat santai2 saja. nampak tak syok kami beranti social..apa lagi update instagram la..sebab encik kekasih dah beli quota internet untuk 3 hari RM25.
Pukul 4 petang kami singah sekejap di private beach.. enjoy the view sekejap..
Cantiknya view dia..pasir dia putih halus gebus gebas..air dia jernih kebiruan..teruja sekejap..ni ada sikit gambar yg diambil..
Pukul 5 kami bertolak ke D'mall untuk mengisi perut yg dah menyanyi2 ni. sambil tu kami nak booking aktiviti untuk esok. tak terlepas tengok sunset time2 ni dekat section2.. enjoy the view guys..
Pukul 8.00p.m kami bertolak balik ke hotel. sempat singgah budget mart beli stok makanan habis kau RM100. tak apa makan punya pasai. untuk uols yg nak mai sini.. jangan berbelanja membabi buta. sebab kat budget mart ni barang2 dia mahai nak mampui..tolonh baca tips sebelum travel ok.
Days 3 : Island hopping
Sejak bebrapa hari kat sini.. inilah sarapan tetap kami..
Sebelum pukul 10 kami dah kena ada dekat D'mall s2. sebab harini kami nak pergi island hopping selama 5 jam. matilah kau nakk.. dah lah 2 2 pon mabuk laut..
Ready for island hopping..
S2 morning view..
First place yg kiteorg visit adalah Puka beach..tu pon dapat tengok dari jauh je permandangan dia..
Lepas tu, kami melakukan aktiviti snorkeling..siapa nak snorkeling dekat situ kena bayar fee dekat situ. tak nak snorkeling pon xpa. sebab takut2 pon mabuk dekat atas bot yg dok bergoyang2 tu kami pon terjun..
Selepas setengah jam rasanya dekat sini, kami pergi ke crocodile island. crocodile island pulau dia sebiji bentuk mcm buaya. tak sempat nak snap pic sebab dok kepeningan. kami pon singgah di pulau bersebelahan untuk lunch.
Masa tengah jalan2 nak gi bangsai kat sana, tetiba sorang budak perempuan yg menjual gelang ni datang dekat aku. hi miss where u come from?? aku cakap "malaysia" you so beautiful..take this . its free for you..and untill now aku still pakai gelang ni.. sebab aku nak menghargai benda yg org bagi. walau bukan emas bukan permata. aku rasa sangat bernilai. nak ikutkan aku mampu nak beli gelang tu tapi aku taknak..bila dia bagi free aku terasa hati dia lagi mulia dari aku.org yg tak mampu yg meniaga gelang untuk menyara hidup so benda ni sangat ternilai bagi aku..😂
Kat sini aku belanja sikit permandangan dekat pulau yg kami berhenti lunch tu. aku still xboleh lupa bila suami aku xlunch apapon kat situ. and aku cuma makan nasi dgn ikan bakar yg hanyir. OMG. pakej yg kami bayar sekali dengan lunch tapi hampeh je bila lucnh depa semua lauk masak dengan vavi. mugkin vavi ni dah jadi main food depa..
Seterusnya destinati terakhir kami crytal cove island. ni antara salah 1 tempat yg sabar2 aku nak pi. sebab apa..subhanallah view kat sini cantik sangat uollsss.. aku suggestla siapa yg nak honeymoon bolehla datang sini. rasa dah jatuh cinta dekat tempat ni..
Sempat lagi bercangkerama sambil minum ayaq nyok .. 40 minit je dekat sini weyhh..
Pukul 3 kami otw balik ke hotel. hajat nak makan seafood malam ni pon terpaksa ditunda kepada keesokkan harinya. Sebab dah terlalu penat lagipon Encik Husband kurang sihat sikit.
Days 4 : Helmet Diving & Mandi pantai
Harini husband masih still tak sihat tapi gagah jugak nak buat aktiviti air. Sebab tak bole scuba diving kami buat helmet diving je. Sebab nak tengok keindahan dan kecantikkan hidupan didasar laut. Rugilah kalau datang tak tengok.
Pukul 10 kami dah terpacak dekat situ.
Kami kena naiki bot ke satu kawasan pelantar dekat tengah2 laut. dekat situlah dorang jalankan aktiviti helmet diving ni. pakej helmet diving 15 minit termasuk dengan cd gambar sekali. Gambar tu nanti will be update soon.. kami pin tak tengok lagi. ya allah macam nak pecah telinga aku..dengan berat nya helmet ni masuk ke dalam laut aku oon xtau bapa kaki dalamnya..
Yang terujanya aku dapat tengok nemo and the geng. hehehee.. ya allah cantiknyaa..
Kesian husband tak sihat gagah jugaj nak temankan isteri dia.. thank you bie..
Dalam pukul 12 kami sempat lunch dekat kingdom restaurant. sebab tak nak makan menu yg sama. nasi kabsa ja.. kami ordee menu lain.. sebelum balik ke hotel untuk rehat.
Jangan terkejut kalau melayang Rm200 dengan 3 jenis makanan ni. halal food memang mahal dekat sini. pandai2lah hampa nak berjimat plan mcm mana nak makan dekat sini.
Petangnya pukul 5, kami ke private beach hati teringin nak merasa mandi air laut cantik tu. disebabkan husband tak sihat kita minta dia relax2 je dekat situ sambil layankan je wife dia.. 😁
Bersweetmuit sekejap..
Okay stop2 esok2 sambung lagi bersweetmuit..
Days 5 : Crystal boat, Jonnah Fruitshake, Seafood, Shishas & shopping sourvinuer
Pukul 10.00am kami dh otw ke D'mall sebab hari kami nak naik crystal. antara aktiviti yg tak sabar aku nak cuba. walaupun parasailing tak dapat naik sebab husband tak sihat tapi xpa. nasib dapat naik crystal boat dia yg kena dayung kann.. 😂 terasa mcm romantik pulak naik crystal boat dgn husband..berangan kejap 😅
Ni lah tempat aktiviti crystal boat dijalankan. terpaksa jalan dalam 10minit ke station 1. berhadapan dengan jonnah fruitshake.
Dekat boracay ni famous dengan dia punya fruitshakes. siapa mai sini singgahlah jonnah fruitshakes antara fruitshake yg famous kat sini. and 1 lagi giga fries dia.. omg sedap gila hingga menjilat jari. tapi RM18 besar ni..cekik darah.
Disebabkan malam ni adalah malam terakhir kami dekat sini. so pukul 1.00pm kami gerak balik hotel rest dulu. sebab malam ni kami cadang nak spent the whole night dekat d"mall ni. nak enjoy night life kat sini. sembang je laa. pukul 11.30pm dh gerak balik sebab 2 2 dh mengantuk.
Hampir give up nak makan seafood kat sini. nasib last2 berezeki jugak dapat merasa seafood kat sini. masa lalu depan paradise garden resort. salah satu tempat yg serve seafood 100% halal.
No comments:
Post a Comment