Hi Blog reader..
Memandangkan sekarang tengah viral pasal kuih keria gula melaka tu, Encik husband dah bersuara.. mana nak dapat kuih keria gula melaka..maybe dia nak cuba rasa. cik kekasih pun berkata.. don't worry husband i make it for you...husband cakap "tak payahlah buat kalau buat tak sedap..beli lagi sedap.." sedikit pun cik kekasih tak hampa dengan kata2 tu. lagipun cik kekasih bukannya suka makan kuih muih ni. Masak benda lain boleh2 lah. kalau kuih tak pernah buat langsung.
Hari yg berikutnya cik kekasih pun google lah macam mana rupa kuih keria gula melaka tu.. sambil google2 resipi yg ada. halah bukan susah sangat nak buat.. huii belagaknyaa.. 5 jenis barang je guna.. so harini cik kekasih nekad nak cuba buat kuih keria gula melaka berbekalkan ilmu yg sudah ada. mari kita saksikan..
Ini 5 jenis barang utama yg kita perlukan untuk membuat choq keria gula melaka yee..
• ubi keledek putih/oren ( 3 biji sahaja )
• tepung gandum ( 3/4 cawan )
• gula melaka 150 gram ( seketui )
• minyak (deep fry)
• gula putih 1 sudu besar
Bahan sampingan garam secukup rasa.
1 step : kupas ubi keledek tadi dan belah kepada beberapa bahagian. depa cakap gula keledek putih lagi elok. tapi xtaulah kat kedai bawah ni keledek oren yg aku jumpa. boleh lah kot. as long as keledek jugak.
Step 2: rebuskan keledek2 tadi dalam suhu yang sederhana. masukkan sedikit garam. tunggu sehingga empuk yaa..sambil nak tunggu empuk kita tumbuk gula melaka hingga hancoq na.. tak tau la depa kata guna 150 gram gula melaka. rumah cheq xda penimbang cheq hentamla buh seketui gula melaka..boleh kot.
Step 3 : sudah empuk, lenyek ubi keledek tadi dengan sendukka apa yg patut. sampai kelihatan sebergini rupa.
Step 4 : Masukkan tepung 3/4 cawan. 3 cawan setengah agaknya. agak2 hampalah kot mana pon. gaul bersama ubi keledek tadi sehingga menjadi 1 adunan.
Step 5 : uli dan bentukkan aduanan tadi di atas dulang yang besar. bentuklah lagu mana hgpa suka. sebab hgpa jugak nak makankan.
Step 6 : panaskan minyak. sekarang minyak tengah mahai pandai2 hampalah nak menjimat minyak. tapi nak masak choq keria ni kena memasak kaedah deep fry baru masak elok gebu gebas gitu..
Nampak tak gebus gebas come lotte tak cuchoq kami..
Step 7 : panas kuali lain, masukkan gula merah yg hampa lanyak tadi bersama gula putih, sedikit air dan secubit garam. masak sehingga mendidih.
Step 8 : bila dah mendidih macam tu, kita masukan kuih gebu gebas kita tadi dalam larutan gula melaka ni. gaul sehingga sebati sehingga dia kelihatan berkilat serta shinning2 gitu. nampak takk..
Finally sudah siap sudah boleh angkat untuk dihidangkan untuk minum petang bersama encik husband manis tersayang.
First try dengan gigihnya. sedap ke tak belakang cerita. usaha tangga kejayaan. π
No comments:
Post a Comment