Thursday, 12 January 2017

Short Vacay 2015 ~ Time Capsule Retreat, Sg.Lembing kuantan, Pahang


Hi blog reader..
Sambungan dari entri sebelum ni.. cik kekasih nak kongsi pasal short vacation cik.kekasih bersama 2 teman cik.kekasih ke Time Capsule Retreat, sg.lembing kuantan pahang.

Disebabkan pasport dah expired, cik kekasih ambil keputusan bercuti dalam malaysia saja. setelah 8 bulan penat bekerja. masuk pagi balik malam. sampai tak da masa nak berblogging. cik. kekasih plan pergi bercuti bersama mek dan miza.

Mek ni sahabat plkn cik.kekasih. nak dijadikan cerita masa plkn dulu kami bermusuhan..siap bergaduh masa plkn dulu. sekarang dah jadi bestfriend uolss..magic takk. Mek ni bagi aku seoarang sahabat dan isteri yg baiklah. aku suka ketegasan dia. aku suka sifat rajin dan prihatin dia. bila aku tengok dia ni jenis yg sangat bertangungjawab. aku suka sahabat mcm ni. Mek ni kahwin muda hampir 10 tahun usia perkahwinan dia tapi dia belum dikurniakan rezeki anak. tabahnya mek tapi tuhan tu maha adil even life mek macam tu dia bekerja di rumah kebajikan masyarakat dan sekarang dia yg handle bahagian anak2 yatim dan anak yg dibuang. dia cakap dia tak pernah rasa tak ada anak sebab dia kelilingi anak2 syurga.


Miza pulak  junior aku masa aku dekat kptm. aku kenal dia masa aku sem5 time tu aku follow club kembara kolej pergi hiking dekat cameron highland. miza ni peramah orgnya. sejak dari cameron tu kiteorang selalu keep in touch. Dekat hostel menyembang sampai 2 3 pagi..sampai sekaranglah. kalau president club tak ajak join hiking ni mesti tak seakrab ni hubungan kiteorang..miza ni rajin wassap aku minta pendapat..aku dah anggap miza macam adik sendiri.

Okay disebabkan aku salah seorang yang pencinta alam gitu.. aku memang minat bercamping, hiking and bercuti dekat tempat2 cantik. bila terbaca satu blog mengatakan ada 10 tempat menarik perlu dilawati. aku tertarik dengan konsep capsule ni. sangat comel. dengan suasana hutannya. RM119 Semalam..apa lagi mula lah planning.

3 hari 2 malam (13, 14, 15/9/2015 )kat situ memang happening gila terlupa sejenak kesebukkan kota. bunyi unggas2 malam terasa tenang je mcm tak nak balik KL nak duduk terus kat sana. perjalanan aku ke sana.. aku and miza naik bus dari Kl ke kuantan ticket bus dalam RM35 seorang. dalam pukul 1.30pm 4 jam jugak perjalanan mcm nak balik kulim..sampai je dekat station bas kuantan, Mek pickup kami pergi lunch. dari kuantan nak ke sg.lembing lebih kurang 1 jam setengah. dalam pukul 5 jugak kami check in.






Sesampai saja kat sana macam biasalah excited terlebih. apa lagi sewa basikal RM5-10 melawat kawasan sg.lembing. sg.lembing ni anatara tempat bersejarah terkenal dengan lombong biji timah. selain dari muzium biji timah, sg.lembing jugak terkenal dengan rainbow waterfall. disebab pakej hiking ke rainbow waterfall mahal sebab perlu pengiring untuk kesana. kami batalkan hajat kami. kami habiskan malam kami  berunggun api sambil berborak sampaikan kami berjumpa kawan2 baru dekat situ.yg sempoinya dorang ni datang honeymoon dekat sini siap bawa anak kecik lagi..



 antara salah 1 aktiviti aku masa short vacay..terpaksa jadi photographer orang honeymoon. aku bila pulak nak mcm ni..insyallah..

SOMEDAYYY...

Hari seterusnya, kami berkelah dan mandi sungai dekat sungai yg berdekatan. orang panggil sungai merah tak tau kenapa sungai tu warna merah. takut pulak aku nak mandi..katanya ada sejarah tapi aku tak pasti. petangnya pulak kami berbasikal bersiar2 sambil pekena ais kacang dan kopok lekor.



Memandangkan malam ni adalah malam terakhir kami dekat sini. kami berbbq.

Hari terakhir dekat sana, pagi2 lagi aku dah ajak dorang berjogging. fresh je rasa pepagi dekat sini. tengahari selepas semua dah siap2 kami sempat singah melawat muzium dan beli sikit sourviner. mek sempat bawak kami lunch dekat kuantan pekena ikan patin masak lomak. sedapnyaa.. selepas tu barulah sesi perpisahann.. 







Bukan jadi photographer je, babysitter pon boleh jugak. mak bapak berdating anak depa lupa kaa..act, aku rasa berbaloi sangat bercuti dekat sini. selain dapat berehat dekat tempat yg cantik, dapat jumpa kawan aku and spendtime dgn depa..then aku dapat kawan2 baru yg sama hobby dengan aku. best sangat..



Someday i'll marry the right person with the right reason and with God's permission.




No comments:

Post a Comment