Sampai masa nanti Allah swt akan izinkan aku menyalami tangan orang yg paling baik untukku..diwaktu yg paling baik untukku..bersama menuju syurganya..
Hi blog reader..
Sebenarnya aku bukanlah org yg layak menulis artikel ini, tapi diatas pemerhatian diri sendiri, aku cuba mengolah jalan cerita. tidak dinafikan org yg berada dialam pertunangan cukup hebat dugaannya. tidak cukup itu ada yg sanggup memutuskan ikatan pertunangan disaat akhir persiapan majlis perkahwinan.
Dari segi bahasa islam, bertunang disebut sebagai "khitbah" dalam bahasa arab yg bermaksud permulaan kepada pernikahan yg merujuk kepada proses melamar. rata2 alim ulama mengatakan proses ini adalah harus. namun iman syafie mengatakan ianya adalah sunat. sejak zaman rasulullah lagi, bertunang menjadi salah satu proses pernikahan. dan dalam islam ditegah melamar wanita yg sudah bertunang atau pun menganggu tunangan orang hukumnya adalah haram.
Amboi bercakap sikit pasal hukum hakam macam ustazah pulak kita.. apa yg aku bacalah nanti orang cakap tak tahu hukum hakam pulak..harini aku nak bagi 10 jenis dugaan pertunangan..dugaan2 lain tu aku tak tahu. wallahuallam.
1. emosi tak stabil
Setelah mengikatkan tali pertunangan, kita jadi tak senang duduk..emosi kita sering ja terganggu macam orang cakap ada suara halus duk berbisik..sekejap kita sedih, sekejap kita nak marah, kejap nak menangis kejap lagi rasa gembira pulak. fikiran sebelum tunang dengan selepas tunang jauh berbeza. sebelum ni kita jarang terfikir pasal tunang kita..sejak bertunang selalu terfikir tentang tunangan kita. ada je kesalahan2 kecil mulalah emosi kita terganggu. kita rasa nak marah nak bergaduh dengan tunangan kita. Padahal itulah perasaan baru yg syaitan wujudkan kepada kita supaya kita terasa seperti diancam. dan selalu akam berfikiran tidak baik kepada pasangan kita. sehingga benci kepada tunangan kita.
2. cemburu buta
Adakalanya sikap anda yg sebelum ni seorang yg bukan pecemburu buta, bila dialam pertunangan ni. sikap cemburu kita semakin membuak2. pantang ada org bercakap, berbual, bermesra atau berwhatsap dengan tunangan kita pasti kita terasa seperti jin dah naik tanduk. Tapi sebagai orang islam yg sudah bertunang sebaiknya kita menjaga pergaulan kita walau dimana kita berada supaya kita tidak menjejaskan ikatan pertunangan kita. kerana syaitan sentiasa berluasa ketika ini. ada kadangkala benda yg tak nak kita lihat kita terlihat jugak. ada benda yg kita cuba rasiakan terbongkar jugak.
3. Takut salah buat keputusan
Ini antara fobia semasa alam pertunangan..dimana sampai 1 fasa bila anda telah menampakan perangai tunangan yg sebenarnya dan anda tak boleh nak menerima keadaan itu..kita mula takut dengan ikatan ini dan terasa ragu2 dengan pasangan. masa nilah kita mula nak putuskan pertunangan. takut untuk teruskan..masanilah syaitan duk melompat bertepuk tangan. bawak lah berbincang dengan pasangan. berdoa minta pertunjuka dari allah.
4. ganguan orang ketiga
Part ni memang sering kali berlaku. ganguan orang ke3. bertepuk sebelah tangan takkan akan berbunyi. kalau berbunyi tu faham2 lah maksudnya. kadang kala kita lupa bahawa kita sedang bertunang dan ada yg sangup curang dibelakang pasangan. ada yg cuba sembunyikan status hubungan seperti memperlawa org ke3 menghampiri mereka. zaman sekarang ini dah akhir zaman dah tak kisah siapa suami/isteri orang semua halal bagi mereka berlaku curang. Ada yg sudah bercerai tapi masih gila talak. ada jugak yg sanggup guna black magic untuk musnahkan hubungan kita. semuanya gara org ke3. beristikarahlah..itulah jalannya penyelesaiannya. berdoa minta pertunjuk dariNya.
5. Tekanan keluarga & keluarga bakal mertua
Apabila sudah mengenali keluarga pasangan, ada sesetengah perkara yg mereka pasti tidak bersetuju. ada yg cuba membantah. ada cuba memberi pendapat. ada yg tak senang dengan kehadiran kita. Ada yg cuba membatu apikan kita..jadi sebagai manusia biasa jangan terlalu cepat melatah dan menilai. kenal hati budi masing2. sebab inilah antara punca2 dugaan yg selalu berlaku halangan dari keluarga.. harta pangkat darjat keturunan pon akan menjadi satu permasalahan. bersyukurlah kepada mereka yg tidak mempunyai ibu ayah yg seperti ini. supaya senang je perjalanan pernikahan anda nanti.
6. Masalah kewangan
Waktu inilah anda terpaksa berjimat cermat dan mengumpul wang sebagai persediaan menghadapi alam rumah tangga. sampai ada yg akan ikat perut dan menahan nafsu dari berbelanja. bagi yg pernah berkahwin mungkin dia tak excited untuk perkahwinan seterusnya. bagi yg first time nak merasa mungkin dia teruja dan ada yg mengimpikan wedding of the year. so bersiap sedialah encik tunangan untuk bekerja lebih keras.
7. Muka tawar hati
Setelah bermacam-macam ujian datang menimpa, ada yg mula tawar hati dan ada yg tak nak lagi meneruskan pertunangan ini. bagi mereka apa yg berlaku ada lah satu risiko dan akan memudaratkan sehingga ke alam perkahwinan nanti.
Mereka takut nak menghadapinya. Ada yg tawar hati dan mula berjumpa wanita/lelaki yg jauh lebaih baik dari tunangan mereka..selidik dulu punca tawar hati cubalah selesaikan dan pertahankan selagi boleh. masa ni lah jin syaitan cakap sikit saja lagi. sikit ja lagi aku nak menang.
8. mendekati zina
Selagi anda mengikuti batas pergaulan dalam islam. tiada apa yg perlu anda risaukan..kerana sesungguhnya islam itu mudah dan tidak menyusahkan. segala peraturannya telah jelas untuk kita ikuti. jika kita terasa telah mendekati zina. dan terasa hubungan kita hampir musnah disebabkan zina, segeralah bertaubat dan kembali semula kepada jalan yg benar..
9. kesibukan persiapan perkahwinan
Kesibukan persiapan perkahwinan juga mendatangkan dugaan kepada kita. sebab syaitan tu tak pernah duduk diam..semakin hampir kita dengan pernikahan semakin tu lah semakin aktif dia bekerjam kita sebuk ke sini dia sebuk ke sana. inilah punca kadang2 diakhir kita mempunyai masalah teknikal seperti salah sebut harga, pertukaran tarikh nikah, tok kadi sakit, baju kahwin tak muat, last2 disebabkan tidak bijak menyelesaikan masalah akhirnya pelamin anganku musnah.. syaitan pon cakap " hooray tugas dah selesai ".
10. perancangan hidup selepas kahwin.
Selepas berkahwin ada lagi macam2 dugaan..dugaan kena berhenti kerja. dugaan terpaksa berpindah ketempat baru. dugaan terpaksa berjauhan dari family, dugaan terpaksa cari kerja baru, dugaan kena jadi surirumahtangga sepenuh masa. dugaan terpaksa berjauhan dari suami. macam2 dugaan sebenarnya tapi inilah permulaan alam perkahwinan sebenarnya ia adalah lebih mencabar dan bukan seperti apa yg anda impikan.
Aku antara salah seorang yg telah melepasi dugaan ini. alhamdullilah syukur kepada allah diberikan aku kekuatan disaat2 akhir. kalau tak syaitan pon dah terkinja2 melompat keseronakkan. 9 bulan melalui ujian ini bukannya mudah. sangat menguji kesabaran aku. sampai rasa tak mampu lagi nak hadap. hampir give up. tapi bila kita percaya kepada takdir allah dan allah akan tunjukkan jalannya.. Jangan takut kita tak berjodoh dan jangan takut pada kehilangan.. kalau dia benar2 milik kita dah memang tertulis di luh mahfuz nama dia untuk kita.. sejauh mana kita pergi dia tetap akan datang. itulah jodoh dari Allah..
Orang cakap kalau semakin besar ujian dan dugaan memang dia adalah jodoh kita.. 😉
Tapi aku nasihatkan supaya sesiapa yg nak mendirikan masjid tu tak perlulah bertunang. kalau nak pon dalam sebulan 2..sebaiknya nikah terus..sebab cheq takut hampa tak kuat.. 😁
klau ujian yg dtg tu ssuatu yg bruk..bole dipanggil jodoh ke
ReplyDelete