Hi blog readers..
Okay jangan jeles dengan gambar diatas. Jangan ! Jangan ! mesti uolss tertanya2 kenapa cik kekasih dah tak post pasal resepi baru dah kan..mana taknya sebab cik kekasih busy duk berhoneymoon okay. so harini cik.kekasih nak storymory sikit pasal second time honeymoon cik kekasih and en.husband dekat Kota Kinabalu sabah.
Kenapa pilih kota kinabalu..??
Sebenarnya percutian kami ni tak dirancang pon. kebetulan saja. lagipun cik kekasih pernah bercuti dekat Kota Kinabalu 4 or 5 years ago rasanya. pernah naik kundasang cuma tak pusing2 town je. sebab masa tu orang yg bawa so tak menikmati sangat. hehehe
and encik husband pulak pernah datang meeting je dekat bandar kota kinabalu cuma tak pernah naik kundasang. lagipun cik.kekasih suka sangat view dekat kundasang..dulu masa peegi sana memang pernah berazam siapa jadi suami cik.kekasih, cik kekasih akan bawa dia datang sini. Akhirnya hajat dah tercapai.
Percutian kami kali ni bukanlah kami berdua saja. tapi ada 3 keluarga yg turut serta. Papa , Mumy, aunty idah, uncle zin, fikri, faizol, atuk and nenek naja. mungkin percutian lebih happening. Selain daritu tujuan utama memang papa nak kenalkan encik husband dengan mumy. Mumy pulak memang orang sabah dia yang guide kiteroang dekat sana.
Budget :
Tiket flight : RM700
Hotel : RM153
Transport : RM55
Duit belanja : RM550
Total : RM1458.00
Travel ke Kota Kinabalu kali ni RM 1500 dalam tangan untuk 5 hari 4 malam.
Tiket flight :
Disebabkan perjalanan tidak dirancang dari awal. tiket flight memang melambung2 tinggi mahalnya..yelah masatu raya cina pulak..2 minggu sebelum pergi kiteroang check lagi tiket ada la tiket 2 orang Rm210 tapi biasalah tiket murah mestilah flight dia kalau x awai pagi tak pun lewat malam. tiket balik pun ada sama harga. tapi yg menjadi msalahnya tiket yg murah tu bukannya tarikh yang sepatutnya kiteorang pergi 26.1.17. mengikut plan, kiteorang akan naik kundasang pada 27.1.17 dan turun 28.1.17 balik ke kl balik 29.1.17 ini plan asal lah. disebabkan tiket tak berapa nak cantik. kiteorang amik tiket 25.1.17 balik dapat tiket murah tapi flight malam dan tiket pergi beli yang mahal sikit dalam RM350 2 orang sebab encik kekasih susah nak bangun pagi. so kiteorang amik flight pukul 9.20 a.m. dengan harapan takkan rushing lah.
Hotel / penginapan :
Encik husband cakap awak plan lah mcm mana kalau kita pergi awal. dalam masa 3 hari sebelum bertolak baru kiteorang dok google2 dok searching dekat agoda.com hotel kat sana semua macam murah2 je. disebakan 26.1.17 kiteroang dah diberi homestay and 27.1.17 kiteorang nak bermalam diresort dekat kundasang. So kiteorang book semalam saja hotel dekat tengah bandar KK. Pasal bilik hotel aku tak pernah ada masalah semalam nak tidur hotel budget pon xpa. Tapi biasalah encik husband ai rate nak RM150 tapi nak ada breakfast and katil nak sedap je. Last2 dapat jugak harga bilik RM153 semalam dekat Daya Hotel KK. Ada breakfast, free wifi, ada katil queen saiz cuma parking je susah sikit. Yang bestnya dekat dengan pasar filipine, pasar ikan masin, night market, bulatan ikan todak and deretan kedai seafood yang sebelah pantai.
Itinerary :
2 hari sebelum pergi baru kelam kabut duk google tempat2 apa yang menarik kat sana yang tak mengeluarkan belanja yang banyak tapi fun. actually kalau dekat bandar dia banyak tempat bersejarah. tapi aku macam tak berminat sangat. contohnya macam muzium marin, muzium sabah, menara jam atkinson, memorial perang petagas, geleri tun mustapha. semua ni tak termasuk dalam list aku pon. Adah 2 tempat aku macam minat keretapi borneo utara dengan kampung budaya monsopiad tapi harga seorang 3 rat keatas sekali masuk. bila tengok susunnan list aku kali ni semuanya makan je sebab apa sebab Kota Kinabalu ni heaven of seafood. kalau datang sini memang kena makan seafood je. selain dari seafood tak sedap.
Ini itinerary asal.
Transportation :
Disebabkan encik husband bekerja bahagian ni so ni satu advantagelah kepada kiteorang. kiteroang dapat sewa kereta hyundai i10 dekat Hertz KK under SDRAC kalau siapa tak tau Hertz tu apa pi google la. Dulu aku pon xtau..kat sini ada sewa kereta budget paling kecil around RM67 something with full cover insurance. acceceh promote sikitlah dulu benda ni yg aku dok cakap. 😂 tapi staff kami dapat sewa 1 hari RM55 je. berbaloi sangat..kalau kereta uolss rosak ke masuk workshop kiteorng boleh bagi harga RM55 under CRS rate. tapi bawaklah dokumen mengatakan kereta masuk bengkel na.
Hari pertama : perjalanan ke Kota Kinabalu Sabah ✈
8.20 a.m : bertolak dari rumah ke KLIA2. disebabkan jem dijejantas sg. buloh. Mengikut waze kami dijangka sampai pada 9.20 a.m . flight pukul 9.20 a.m jangan ditanya perasaan aku masa tu. aku cuma fikir aku akan terlepas flight. dan encik husband cakap dia akan kerugian beratus2 ringgit. jangan ditanya salah siapa. 😂 salah siapa yang bangun lambat dan siap lambat. 😈
8.30 a.m : aku tengok jem semakin berkurang selepas jejantas then aku tengok waze. waze menunjukkan kami akan sampai ke KLIA2 puku 8.50 a.m. hati mula tenang sikit. sepatutnya kena ada dalam departure hall 1 jam awal. memang niat tak nak rushing kena rushing jugak. Oh Husband !
9.40 a.m : ingatkan kami yang paling lambat. rupanya boleh pulak flight delay. cik embun betul. 9.40 baru bergerak.
2jam setengah perjalanan apa lagi tidoq lah. hakak dah pening lalat dah ni. husband pulak malang berbau terpatah tangan pulak seminggu sebelum pergi kk. katanya nak merehatkan diri kat kk.
12.30 a.m : flight landing dekat airport KK pada pukul 12.30 sepatutnya pukul 12.00 kiteorang sampai dah lewat setengah jam. Nak jalan kong kang2 lagi. nak gi pick up kereta lagi. bae nak borak2 lagi.
Ni lah hertz KK. nampak tak dekat 1 jam dia menyembang.
14.00 p.m : dah dapat kereta..baru lah kiteorang gerak dari airport Kk ke destinasi berikutnya.
Nilah kereta budget yg aku maksudkan. comel tak ?? alahai terasa macam naik kereta sendiri pulak pusing KK.
14.30 p.m : macam biasa lah sepatutnya kiteorang dah check in pukul 2-3 sebab bae dengan kelambatan dia. dengan busy with phone dia itinerary aku gagal lagi. yahooo.. sepatutnya kiteorang lunch dekat sepanggar. tapi ke sana dah 20 minit. nak balik ke hotel lagi. bila di hitung ditambah dibahagi kiteorang pergi check in dulu.
Itinerary sudah bertukar 😂
Tak palah boleh dimaafkan sebab ada orang tu cakit.
15.30 pm : sebab tak dapat makan lokan panggang harini kita bawak ke hari esok. lepas makan nasi goreng kampung and bae makan nasi ayam apetah nama dia. Dekat homescafe dlm wisma merdeka depan je dengan hotel. Balik kekenyangan macam ular sawa balik bilik apa lagi. tidoqlah.
20.00 p.m : selepas solat2 semua kiteorang pon bergerak menuju ke bulatan ikan todak yang dikenali sebagai Todak Waterfront KK. bae cakap xjauh depan ni je jalan kaki pon boleh. target utama selain dari beli selipar aku melangut mencari kedai sinar delima yang depa cakap murah seafood dia tu.
Subhanallah..aku tak taulah geram betui aku tengok makanan laut dekat sini.. besar2 macam2 jenis pulak tu. siput tak pernah tengok pon ada.
okay cuba teka berapa harga makanan aku ?? 5 jenis lauk, 1 pinggan nasi and 2 gelas air. kalau nak beza dengan Seafood aku makan kat subang dulu sekoq ikan siakap bakar and tomyam udang lipan. lebih kurang RM60 something. ni aku boleh makan semua jenis seafood dengan harga RM76 je. berbaloi sangat. maknan tak hinggat dunia..
21.30 p.m : habis makan pusing2 dekat night market berdekatan cari selipar. tak tahulah jenis aku ni sepanjang aku pergi vacay mesti aku nak beli selipar. dekat krabi pernah beli 1 sandle warna oren. dekat bengkok beli selipar colorful. bi dekat kk beli flippers purple.. 👣dah jadi habit rasanya.
Nak jugak flippers couple. purplicious uolss 😍
Belanja untuk hari pertama :
Makan lunch : RM20.00
Stoking bae : RM12.90
Makan dinner : RM76.00
Slipper 2 pasang : RM20.00
Belanja sampingan : RM10
Total = RM 138.90
Gambar dekat todak waterfront
Hari kedua : jalan-jalan pusing bandar KK ke jalan cari makan ??
9.00 a.m : breakfast
10.00 a.m : Signhill obversevation platform.
Katanya dekat sini boleh tengok permandangan seluruh bandar KK. Tapi mungkin tu dululah sebelum hotel2 tinggi ni muncul. sekarang dah tak menarik sebab hotel2 tinggi dah mencacatkan keindahan view dekat sini.
Bae layan rainbow ice cream dia sambil menikmati permandangan. 15 minit je kami kat sini sebab agak kebosanan.
10.30 a.m : kami bertolak ke wetland centre KK..tak jauh pon dari situ. cuma turun bukit sikit. Kat sini kawasan paya bakau dan banyak jenis burung.. pada fikiran aku mungkin macam taman wetland dekat putrajaya yg cantik tu.. sungguh menghampakan lagi bila. kiteorang masuk je wetland tu mcm kawasan suram dan tak terjaga. dah mcm dah tak beroperasi lama kawasan tu. biasalah first imperession dah nampak kusam tak nak lah turun. perjalan diteruskan ke Masjid Terapung, Likas.
Masjid Terapung Likas pon tak jauh dari situ. cuma keluar dari kawasan bukit tadi dah nampak signboard. malangnya lagi disebab kan ai yg driver tersalah 1 simpang kiteorang terpaksa uturn jauh sangat so aku pulak yg tukar plan so jalan yg salah tadi boleh menuju ke sepanggar. so kiteorang terus ke sepanggar makan lokan panggang.
11.00 a.m : setibanya kami di kawasan menjual lokan panggang. terlalu banyak gerai kami masukje. bae cakap dia kenyang lagi makan breakfast tadi. tapi perut aku dari semalam xpernah kenyang. lokan panggang ni favourite aku ada 2 jenis. yg sederhana and besar. sederhana RM10 yg besar RM15. Act, stiap gerai pon harga lokan dia sama ja yg membezakannya adala sos dia. Ada gerai yg sedap ada yg tak xsedap sos dia. aku pon order sepinggan yg sederhana and sebiji air kelapa.
Cakap dah kenyang kunon. padahal curi lokan orang.dia yg makan banyak.
12.00 p.m : lepas makan kiteorang bergerak menuju ke masjid terapung , likas. guna laluan yg sama. dalan 12.30 kiteorang sampai. sempatlah snap gambar dekat masjid terapung. banyak betul pelancong dekat situ.
Subhanallah cantik betul masjid Terapung ni.
Kiteorang singgah sebentar dipasar filipine untuk beli angklong dan senduk kayu tempurung semata2.
:sementara ada masa lagi sejam 2 lagi. sebab kena return kereta pukul 2 and papa nak pick up kiteorang kat airport kk ke homestay pukul 2.30 sempat lah kot pergi Tanjung Aru pekena ais kacang buah and chicken wing panggang dia. sedap depa kata..bae cakap kau ni tak berhenti makan ke 😂
13.30 p.m : kiteorang sampai dekat tanjung aru. tanjung aru dengan airport 5 minit je pon. apa lagi grab lah Abc fruits and 5 ketui chicken wings.
Sebenarnya aku minta small size tuk abc ni harga dia RM6 je. tapi tak tahu kenapa bae datang terus dia cakap dia nak saiz besar RM10. Makanlah kau...sebenarnya dah pukul 2.30 still tak habis makan lagi. sebab abc lambat sampai. makan lokan dekat sepanggar and kat tanjung aru pun tak puas lagi sebab rushing. bae ada sebut pasal abc gunug kinabalu. jawabnya memang kena repaet lagi sebelum balik.
15.00 p.m : return kereta and kiterorang otw ke homestay.
20.00 p.m : dinner seafood lagi. dekat anjung senja, jesselton point. kalini dapat pulak makan lobster. rezeki betui.
Rasanya honeymoon kali ke2 macam membalas dendam pada honeymoon pertama sebab tak dapat makan sedap2 dekat sana. kat sini makan tak berhenti sampai nak meletop perut. seronoknyaa. 😀
Perbelanjaaan hari ke2 :
Lokan panggang : RM10
Air kelapa sebiji : RM4
Abc fruits : RM10
Kepak ayam panggang : RM5
Angklong and senduk kraf : RM30
Petrol : RM20
Total : RM 79.00
Bersambung next entri...