Tuesday, 20 June 2017

TARAjr.👶 ~ 2nd trimester pregnancy experince. 👸


14 kemuliaan yg allah catatkan bagi wanita hamil..hebatnya kaum hawa itu..

1. Apabila seorang wanita mengadung dalam rahimnya, maka berinstifarlah para malaikat untuknya. Allah swt mencatat baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan & menghapuskan baginya 1000 kejahatan.

2. Apabila seorang wanita itu sakit hendak bersalin / melahirkan, allah mencatat baginya pahala orang yg berjihad kejalan allah.

3. Apabila seorang wanita itu melahirkan anak, hilanglah dosa-dosa seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila semalaman si ibu tidak tidur kerana memelihara anaknya yg sakit, maka allah swt memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dgn ikhlas untuk  membela agama allah swt.

5. Rakaat solat wanita sedang hamil itu lebih baik dari 80 rakaat wanita yg tidak hamil.

6.  Wanita yang memberi  minun air susu asli kepada anaknya dari dirnya sendiri akan mendapat 1 pahala dari setiap titisan.

7. Apabila seorang wanita telah melahirlan lalui disusukan anaknya maka bagi ibu itu setiap tegukan dari susu itu diberi 1 kebajikan.

8. Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yg sakit akan diampunkan seluruh dosanya. Apabila ia menghiburkan hati anaknya maka allah memberikannya 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yg hamil akan terus mendapat pahala terus berpuasa disiang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah dimalam hari.

11. Wanita yg bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan berpuasa. Serta setiap kesakitan pada 1 uratnya allah swt mengurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati dimasa 40 hari selepas bersalin dia dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika seorang wanita menyusui anaknya cukup tempoh 2 1/2 tahun maka malaikat2 dilangit akan khabarkan berita syurga wajib baginya.

14. Jika seorang ibu memberi air susunya kepada anaknya yg menangis maka allah memberinya pahala 1 tahun shalat & berpuasa.

Bila baca entri kat atas ni confirm ramai wanita ibu2 tak serik2 lagi nak hamil dan melahirkan zuriatkan..

Okay hari ni cik.kekasih nak share sikit sebanyak pasal kandungan cik.kekasih yang dah masuk trimester ke2 ni. Apa yg cheq tau trimester ke2 ni adalah peringat pertengahan kehamilan iaitu ( 4 - 6 bulan) dimana waktu ini ibu2 yg hamil mula berasa nyaman dan selesa sikit dgn tubuh badan sendiri. Tak macam keadaan yg kita alami masa trimester1.

Masa trimester ke2 ni, alhamdulilah cik.kekasih dapat menjalankan aktiviti harian macam biasa. Dapat menguruskan rumahtangga dan suami mcm biasa. Dah tak ada alahan, penat dan lelah lagi. Tapi jangan terkejut sekiranya muncul benda2 atau tanda2 yg pelik pada diri korang. Contohnya dalam tempoh ni cik.kekasih mengalami gusi berdarah. Kekejangan otot, timbul bintik2 merah gatal pada kaki, tangan dan sekitar perut. Bulu pada badan akan tumbuh dgn cepat, gelap dibahagian2 sulit dan kulit menjadi kering. 

Jangan risau bila cik.kekasih google2 rupanya benda ni adalah normal bagi wanita hamil. Tapi setiap wanita hamil akan mengalami sintom lain2. So kalau korang mengalami situasi yg berbeza dari cik.kekasih rajin2 lah baca artikel2 kat internet atau dapat pandangan doktor atau org yg lebih berpengalaman. Memang apa yg kita lalui tempoh ini buat kita tak selesa. Tapi nak tak nak kita kena lalui jugak sebab itu adalah tanda bahawa baby dalam perut kita tengah membesar. 

Dalam tempoh ni jugak, kita mesti dah mula plan macam2. Contohnya dekat mana hospital yang kita nak bersalin ?? Nak letak apa nama baby ?? Barang2 baby bila nak shopping ?? Mcm cik.kekasih masa tempoh ni dah servey hospital/klinik bersalin sekitar damansara & shah alam. Kalau boleh pilihlah hospital/klinik yg paling dekat dengan rumah kalau emergency senang. Macam nama baby ni sebelum kahwin encik suami dah ada nama untuk baby boy. Tapi cik.kekasih cari jugak untuk nama baby girl. Sebab jantina baby pon belum tahu lagi. Tapi cik.kekasih dah xstart prepare brg2 & baju baby untuk masuk labor room. Yg lain beli hujung2 pon xpa.


Pengalaman nak beli barang baby memanglah  excited  tengok baju baby yg comel2. Tapi tu lah ada barang2 baby yg lain yg still xtau lagi fungsi dia. Pastu pakat main beli je tanpa refer checklist sampailah masuk 1 kedai baby tu ada sorg sales girl tu bagi checklist new born. Hamek kau rupanya banyak lg barang2 baby yg kita perlu prepare. Memang orang cakap bila nak melahirkan baby ni banyak duit yg nak pakai. Banyak barang nk kena beli. Tapi bagi aku, aku taknak jadikan benda 1 beban. Aku cuma fikir dan percaya rezeki anak nanti insyalallah mesti lebih lagi. 

Apapun kita mesti menghargai rezeki yang allah dah beri pada kita. Tak semua dapat peluang yang sama macam kita. 😊

Tempoh ni jugak korang akan berhadapan dgn situasi ini..mesti ramai yang dok tanya korang dah Berapa bulan ?? Perut kecik je xnampak ?? Dah scan ?? Baby boy ke girl ?? Kalau boleh nak baby boy ke girl ?? Ada yg dok main teka meneka.. tengok mak dia berseri ni baby girl ni. Tengok perut kecik ni baby boy ni ?? Macam2lah. Naik poning jugaklah. Sampai kita pulak xsabar nak tahu jantina baby kita sendiri. Mulalah dok google mcm2 untuk mendapat kepastian.

Ada yg cakap kalau tidur selalu mengiring ke kanan baby laki kalau ke kiri perempuan. Tapi ada yg cakap sebaliknya
Ada yg cakap kalau muka berseri tu baby laki kalau muka kembang dan berjerawat perempuan. Ada yg cakap sebaliknya.
Ada yg cakap perut tajam kedepan laki. Perut lebar kebawah perempuan. Confius makk!! Tak nak percaya..
  
So aku decide cuba tengok calender kelahiran cina..saja syok2 nak cuba..ada yg cakap memang tepat ada yg xtepat jugak. Diikutkan table ni baby aku baby boy !!


Aku kalau boleh nak anak sulong ni anak laki. Sebab anak sulong laki ni aku nak dia jaga adik2 perempuan dia nanti. Lagi satu tangungjawab dekat ibu dia mestilah besar. Dia boleh jaga aku kelak. Selain tu anak kakak aku dah 2 perempuan so kali ni bagilah boy pulak dalam family bagi happening sikit. Tapi kalau girl pon aku xkisah. Perempuan dia boleh bantu kat dapur boleh jaga makan pakai papa dia mcm aku jaga papa dia. Sebab 2 2 pon aku terima and aku suka. Whatever it is aku nak buat yg terbaik untuk anak aku.

Masa check up aku yg ke 6 bulan. Masa ni kandungan dah 23 week 5 days.  Aku kena amik suntikan kancing gigi dan minum air gula. Aku pon decide nak buat scan baby. Nak ikutkan kandungan dah 22 minggu dah boleh nampak jantina baby. Masa scan pertama kali aku dah nampak boy tapi xjelas. Doktor pusing2 lagi nak nampak lagi jelas. Second time memang jelas aku nampak kelakiannya. Masa tu rasa happy sangatlah bila tahu baby boy.


TARAjr is coming soon..






No comments:

Post a Comment