BISMILLAH..
alhamdullilah masih diberi kesempatan olehNya untuk hidup diusia 28 tahun ini. Hari ini genaplah usia ku yang ke 28 tahun dan diusia ini aku dihadiahkan allah s.w.t seorang suami yang penyayang dan insyaallah dengan izinnya bakal menjadi seorang ibu 9 bulan lagi.
Terima kasih kehadrat illahi dengan berkat doa dan usaha aku dan suami, Allah menghadiahkan aku benih cahaya mata untuk hari lahir aku yang ke 28 seperti yang aku harapkan.
THANK YOU ALLAH..
kerana maha mendengar, maha mengetahui, maha mengasihani..kerana ini adalah hadiah yang ke 2 yang telah kau tunaikan. Aku sangat bersyukur dengan pinjamanMu.
THANK YOU En.Husband..
Kerana memahami kehendak isterimu, tidak pernah jemu melayani kerenah isterimu, yang selalu cuba yang terbaik untuk membahagiakan isterimu.. Bae cukuplah ini sebagai hadiah hari lahir tahun ini..
THANK YOU to all family & friends..
Yang selalu support. and tak sabar nak tunggu kewujudan TARA junior.
Orang cakap stage pertama kebahagiaan seorang wanita itu apabila dia dilamar dan dinikahi. Stage ke 2 dia akan lebih bahagia jika dia boleh mengandung dan melahirkan zuriatnya. Stage ke 3 dia akan rasa paling bahagia bila dia dapat membesarkan anaknya dengan ke2 tapak tangannya bersama orang yang cintai iaitu suami.
Tapi sekarang aku rasa akulah Wanita Paling Bahagia dalam dunia sekarang..
Semoga allah permudahkan semuanya..
Pada aku mungkin nilah hadiah yang aku terima kerana aku telah menyelamatkan 1 nyawa bayi yang tak berdosa yg hampir digugurkan oleh ibunya beberapa bulan lalu. if you are lucky enough to carry a child, hargailah sebab tak semua wanita dalam dunia bukannya mampu mengandung dan melahirkan zuriatnya sendiri..bersyukurlah pada allah kerana memberi kita zuriat. sebab ramai lagi diluar sana bersedih masih belum berkesempatan macam kita. mereka pun teringin nak melalui pengalaman macam kita. sebab rezeki kita berbeza2. bersyukurlah !!
Pada awalnya aku tidak menyangka peralihan kesihatan aku sejak akhir2 ini adalah satu petanda diriku dihuni makluk allah.. Aku cuma tak nak terlalu berharapan seperti kejadian bulan lepas. yang aku sangat berharap aku akan pregnant baby boracay..akhirnya hampa..Mana mungkin nak pregnant disebabkan aku ada mengambil 2 biji pil delay period masa nikah haritu dan period aku keluar tak menentu. Mungkin tak sabar nak ada baby sendiri. yelah dengan usia aku yang hampir mencecah 30.. banyak benda yang menghantui aku.
Pada minggu pertama dan minggu ke 2 selepas last period, aku kerap kali je menghidapi morning sickness. macam orang pregnant. sampaikan ryqal tegur ticha ni dah kenapa ?? aku pon tak pasti sebab terlalu awal untuk menjangka yang aku pregnant sebab minggu tu adalah minggu subur aku. bila aku google2 ada yang berpendapat perasaan loya2 tu mungkin pertanda hari subur kita memang kita akan mengalami loya2 seperti morning sickness.
Bulan lepas tak menjadi memang hampa dan sedikit kesedihan melanda. Tapi dengan positifnya aku fikir belum rezeki lagi. Mungkin allah lebih mengetahui..selepas habis je period aku tanya en. husband " bae awak taknak bagi hadiah baby ke untuk birthday saya " 😁 ayat pancing suami..berusaha lagi..walaupon aku tahu keadaan aku tak berapa nak baik. aku merasakan sakit pada pangkal rahim seperti ada benda yang nak jatuh. bila aku google2 dorang cakap mungkin peranakkan jatuh. sebab period yang datang bulan lepas luar biasa sakitnya. aku pun cuba merawat sendiri dekat rumah dengan tips yang dorang bagi. apa yang aku baca kalau peranakkan jatuh susah sikit nak pregnant. perasaan takut menguasai diri.
Beberapa hari melakukan teknik yang diberi. kesakitan aku beransur pulih. tapi untuk pregnant kali ini tidaklah beria2 seperti bulan sebelumnya. sebab aku tahu condition aku pun kurang baik. tapi tetap berusaha dan berdoa semoga aku dapat pregnant masa hari lahir aku..
Masuk minggu ke3, nafsu makan aku menjadi nampaknya. aku tak berhenti makan kalau makan nasi pon mesti bertambah2. nak cakap mengidam tak ada pulak mengidam yang pelik2. ada sekali tu aku teringin nak makan rendang daging. aku minta bae pergi sogo sebab dekat sana ada 1 kiosk kt bawah tu yang jual rendang sedap. tapi hampanya bila pergi sogo dah jadi lain. rendang pon entah dimana.
Mungkin pregnant ke aku ni ?? ke aku nak period ?? sebab aku tak dapat mengenalpasti lagi sebab bila nak dekat period pon aku memang kuat makan, itu ini aku nak makan and loya2 sakit kepala. sebab orang cakap setiap orang takkan sama sintom dia..aku pon biar jelah walau masa pergi bercuti dekak KK dorang semua cakap aku pregnant tapi aku xmengiakan. yelah kalau confident sangat nanti hampa lagi.
period aku selalunya datang ontime. dekat2 nak period aku tunggu je period datang. adalah sakit sengal2 je. tak delah sakit mcm nak 1st period.. esoknnya pon tak datang jugak aku nekad nak beli pregnancy test. aku tak pernah lambat period selalunya terawal beberapa hari adalah.
2.february.2017
lepas encik husband balik dari kerja dia bawak aku gi farmasi. masa tu kepeningan aku dalam farmasi sebab banyak sangat pregnancy test mcm2 jenis dan harga. mula aku nak amik yang RM10 tapi hati kuat nak cuba yang mahal punya.. clear blue RM33 jugak aku beli sebab sorang member aku yang kahwin sama tarikh aku dia pregnant bulan lepas dia guna benda ni specialnya dia digital boleh tunjuk kita pregnant atau tak dan berapa bulan kita dah pregnant. Lagi specialnya dia boleh check seminggu sebelum tarikh kita sepatutnya period lagi..selalunya benda ni memang tepat dibanding pregnancy test yang murah.
Niat dihati nak test esok. sebab dorang cakap air kencing waktu pagi lagi elok nak buat pregnancy test ni. sebelum guna ada lah beberapa org member aku chat untuk dapat info lagi jelas. tapi semuanya info berbeza2. tetiba en.suami masuk bilik.. "pergilah cuba??" aku cakap esoklah takut pulak nak cuba sekarang sebab sepatutnya buat esok pagi orang cakap.. "pergi je malam ni tak jadi esok kita beli lagi"
En.husband ni jenis tiada kesabaran..semangatnya pergi lah buat experiment sambil dibantu en.husband..akhirnya result...
OMG I'm Pregnant !!!
Terlompat2 aku sekejap..sambil en.husband cakap " jangan makan bukan
2 lepas ni..jaga baby kita " Oh so sweet.. 😙
Pregnant 3+ bermaksud dah pregnant hampir 5 minggu mengikut pengiraan doktor katanya..mengikut pengiraan MyDays aku pulak. okay MyDays ni kaka ipar aku Kak Yana yang minta aku download benda ni sejak awal bulan 1 sebab kat sini kita boleh tahu bila tarikh kesuburan kita. and kita boleh update bila kita mula period and last period and benda ni kita boleh buat sebagai diary kita.
Nilah My days korang boleh download dekat playstore.
Orang cakap kalau nak kira tarikh kita mula start pregnant adalah tarikh dimana hari terakhir kita last period. okay kalau yang warna merah itu maksudnya tengah bendera merahlah. first period aku 2hb and last period 8hb so maksudnya 8hb tu dah boleh kira berapa minggu kita dah pregnant. mengikut mydays aku, hampir 4 minggu aku dah pregnant maksudnya dah (1 bulan ).
4 february 2017
Harini aku pergi check doktor nak betul2 confirm yang aku betul2 pregnant atau tidak. aku cuba cari klinik yang bersesuaian dan berdekatan supaya senang untuk aku buat pemeriksaan kandungan aku.
Bila google ada 1 klinik ibu dan anak dekat damansara damai klinik Dr.Normah. doktor yang buat rawatan dekat aku haritu doktor india. baik orangnya. setelah discan, ternyata aku pregnant 4 minggu 2 hari mengikut mesin scan. dan dijangka due pada 15 oktober 2017. tapi mengikut doktor pulak dijangka due 8 oktober 2017. around that la. sebab kerja allahkan dorang pon tak pasti.
nampak x ada bulat kecil dekat atas tu.
Ketika kandungan baru mencecah 4 minggu, dia dipanggil embrio. embrio saat ni adalah bersaiz sebiji kacang hijau. kecilkan. so pada saat inilah para ibu perlu menjaga kandungannya supaya tidak gugur. disaat ini juga embrio memerlukan nutrisi yang sihat dari ibu supaya dia berkembang menjadi janin. Para ibu diminta banyak berehat dan kurang berjalan serta tidak melakukan aktiviti berat.
Selain dari tu, doktor ada cakap denyutan jantung aku sangat laju. mcm tak normal. adakah aku nerveous ?? doktor ada cakap aku ada tiriod x?? aku mula terfikir 10 tahun lepas aku pernah buat rawatan tiriod..tapi masatu doktor mengesahkan tiriod aku x aktif. so xperlu dirisaukan. tapi bila doktor check semula dia minta aku buat rawatan semula kerana bimbang sebab keadaan aku yang tengah pregnant boleh menyebabkan koma bila ada 2 dengutan jantung dalam badan aku tapi denyutan aku terlalu laju.dengar macam serius je. tapi apapon aku berserah kepada allah taala.
Para suami ampuni isterimu yang ketika ini tengah bermalas malasan dan mengada ngadaan. ini akibat kerana pembawakan bayi mu yang isterimu kandungkan. bertabahlah selalu wahai suamiku..
ALHAMDULLIALAH aku kini bergelar Mommy tobe..
Bakal ibu kepada zuriat yang bakal kulahirkan ini..
Membesarlah dengan baik sayang dalam rahim ibumu ini..tumbesaran benih ini akan ku serahkan segalanya kepada Allah s.w.t kerana dia yang lebih megetahui..kepada saudara mara dan sahabat moga sama2 berdoa agar aku dan anak dalam kandungan ku sentiasa sihat dan sempurna hendaknya. semoga aku diberi lebih kekuatan untuk mengalas amanah yang allah kurniakan ini. insyaallah.
TERIMA KASIH ALLAH ATAS KURNIAAN INI..
TERIMA KASIH ENCIK HUSBAND ATAS BENIH CINTA INI..TERIMA KASIH BAKAL ANAK MAMA yang akan menemani hari hari mama selama 9 bulan ini.
Sambungan next entri..
♡ special memories of my pregnancy..
Tumpang tanya. Berapa RM ye buat scan dekat Klinik Dr. Normah Damansara Damai tu?
ReplyDeleteHi,I am 8 week pregnent. I wanna scan Is nt scan is aavailable there?
ReplyDelete