Friday, 8 September 2017

TARAJr πŸ‘Ά~ Final preparation before deliver..

Final preparation before deliver..


 Salam uolss..
Harini sis nak sharing2 sikit pasal persiapan sis diakhir2 kandungan ni. Memandangkan sekarang sis dah masuk trimester ke3. Sekarang kandungan sis dah 8 bulan. Hanya sebulan je lagi sis nak menimang buah hati. 😚 sis sangat excited uolss.

Bagi ibu2 yang tengah pregnant macam sis ni. Benda ni sangat penting untuk kita remark dan prepare sebelum kita melalui proses bersalin ye. Buat final check.

1. Hospital/klinik bersalin

Last check up sis dengan klinik normah masa sis 27weeks. So sis ingat nak sambung check up dekat hospital umra seperti dlm planning. So sis pon pergi umra untuk buat appoitment apa yg sis dpt adalah sikit info yg berbeza dari mulanya. Target sis dgn husband, kalau boleh doktor perempuan, dekat dgn rumah, husband boleh teman masa dlm labor room. Mulanya cakap 99% doktor perempuan tapi sekarang dia cakap 50-50. Doktor lelaki and perempuan.
 Pakej doktor perempuan dekat pusrawi pon agak mahal. So sis xboleh decide sampai kena marahlah dgn husband xsemena2. Dgn perasaan sedih mungkin allah nak permudahkan masa otw balik beli makan dekat husband ada nampak 1 klinik bersalin dekat dengan rumah. Pakej pon bagus dan menarik. Doktor perempuan. Apalagi terus confirm klinik bersalin Nor. DoktoΕ• dia pon bagus. Tapi bukanlah 5star hospital bersalin. Sehari 2 je pon nak duduk. Janji dekat dgn rumah.

2. Weekly checkup

Weekly checkup ni penting untuk kita tahu perkembangan ibu dan bayi dalam kandungan. Masuk trimester3 ni 2 minggu sekali doktor akan buat appoitment untuk kita sampailah kita bersalin. Macam last week sis check up 32 and 34 weeks, sis scan baby nak confirmkan jantina. Confirm baby boy. Jantung dan pertumbuhan bayi okay. Baby dan ibu dia ni sihat je. Doktor cakap hb sis baik, cuma kena jaga permakanan. Kurangkan kafein. Uri dan air ketuban pon semua okay. Kepala baby dah turun cuma xmasuk dlm rahim lagi. Masih boleh pusing2 tu baby sgt aktif skrg.berat baby doktor anggar 2.9-3.2kg normal la tu. Due sis 8.10 kemungkinan bole lahir awal 2 or 3 minggu. Be ready je lah.

3. Barang2 mommy and baby ke labor room.

Di usia kandungan 32-34 weeks mommy2 dah boleh prepare barang2 yg perlu di bawa ke hospital. Prepare barang baby, mommy and daddy letak dalam beg and letak dalam bonet kereta supaya tak kelam kabut nanti. Husband pon xkalut dah nk mencari. Macam sis dah prepare barang baby ke labor dah asing dalam 1 beg plastik.

Beg baby ke hospital.


1. Pampers 8 keping
2. Baju tangan panjang sehelai
3. Bedung 2helai
4. Tuala mandi 2 helai
5. Blanket bertopi 1helai
6. Barut 4 helai
7. Wet tissue 100pieces
8. Topi 2 helai
9.mitten & bottie 2 psg
10. Baju tangan pendek 2 psg
11. Sapu tangan kecil
12. Breast pump&bottle
13. Minyak telon

Beg mama kehospital


1. Tuala mandi 1 helai
2. Tuala muka 1 helai
3. Toiletries
4. Kain batik 
5. Baju pulang
6. Stoking 1 pasang
7. Cardigan/sweater
8. Disposable panties
9. Maternity pad
10. Slipper
11. Nursing bra
12. Minyak panas/minyak cap kapak
13. Minyak selusuh/ kelapa dara
14. Yassin
15. Biskut&milo
16.air zam2
17. Ic
18. Check up book

Barang Papa

1. Selimut
2. Bantal
3. Pakaian
4. Charger
5.tab/handphone
6. Plastik beg 2 utk bungkus uri
7. Beg untuk baju kotor

4. Confinement set/set berpantang


1. Mandian herba
2. Bertangas
3. Body scrub
4. Barut
5. Bertungku
6. Barut
7. Berurut
8. Pemakaian pilis tepel
9. Set jamu/suppliment

Mommy2 dah servey2 ke nak pakai set berpantang apa ?? Ada org suka jenis tradisional ada yg suka berpantang style moden. Tapi sis prefer tradisional lagi bagus.memang agak leceh tapi kesan dia superb. Untuk makan macam jamu semua maybe mommy2 bole amik selepas pantang sebab mommy2 tengah menyusu takut baby kuning atau sakit perut. So untuk minuman herba dan jamu2 asli sis import dari kg lah. untuk set mandian herba, bertangas, body scrub, pilis tepel, barut dan bertungku semua sis dah ada lengkap semua sis xpayah nak beli lagi. Cuma kena upah tukang urut je la. Kita je dok urut orang sebelum ni siapa nak urut kita pulak ?? πŸ€” act, benda ni penting xkiralah kita beranak czer or normal. Memang kena amalkan benda2 ni kalau nak cantik menarik sihat walafiat ye uolss.

5. Prepare list lauk dan menu berpantang.

Sebelum nak prepare list dan nak buat menu berpantang, uolss mommy2 yg baru ni kena identify dulu makanan apa yg boleh dimakan and tak boleh dimakan waktu berpantang. Kat sini sis share sikit supaya mommy boleh take note.

 Step 1 : kenal pasti jenis makanan yang boleh dan xboleh dimakan sewaktu berpantang. Sebelah kiri tu boleh sebelah kanan xboleh.


Step 2 : list senarai barang makanan berpantang yg nak dibeli. List ni boleh bagi dekat husband suruh beli. Sebab husbamd kita dia xtau makanan apa yg kita pantang. Kang dia bagi makan seafood pulak.

Ni contoh list sis. Beli makanan2 dan lauk2 simple je yg murah2 dan senang nak dapat. Yang penting berkhasiat penuh dgn vitamin, protein dan kibohidrat sebab kita menyusu baby.


Step 3 : baru buat menu berpantang. Yg ni untuk kesenangan org yg nak masakan pantang untuk kita. Tak delah dia poning hari2 nak masak apa. Kita pon xdalah jemu makan yg sama hari2. Yang penting cukup syarat. Masakan rebus, bakar, kukus dan pangang je boleh.

Contoh menu berpantang.siapa cakap makan berpantang xsedap ?? 



Contoh sarapan dan lunch untuk berpantang. Uolss dah dapat idea ke x nak buat menu berpantang??

6. Suppliment menyusu

Kadang2 ibu2 baru ni ada perasaan takut dan risau tentang penyusua bayi. Risau susu xcukup, risau susu xkeluar, risau baby xkenyang. Selain dari mengamalkan makanan seperti kurma, herba, susu dan lobak putih yg menambah susu ibu. Untuk lebih cepat dalam masa yg sama kita boleh mengambil suppliment untuk milk booster yg dijamin keberkesanannya. Act,sis dah servey byk product tapi sis prefer product yg sis in law sis jual Femilac. "Sebab kunyah2 je dah bengkak katanya." πŸ˜‰ melimpah ruah susu boleh buat stok banyak2. Baby kenyang mama senang !!






Wednesday, 5 July 2017

TARAjr πŸ‘Ά~ BabyMoonRaya πŸ“Cameron Highland πŸ“



Hi uolsss... 
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin. Raya tak habis lagi kan. Siapa buat open house tu boleh roger2 mak buyong ni. πŸ˜‚

Harini cik.kekasih nak share storymory pasal babymoon cik kekasih dekat cameron highland haritu. Sepatutnya plan nak pergi cameron highland ni masa birthday cik.kekasih. tak taulah teringin sangat nak pi cameron highland dengan husband. Tapi plan tak berjalan lancar. Lagipon condition cik.kekasih masatu tak berapa nak baik. Lagipon baru balik dari sabah. So lupakan hajat.

Seminggu sebelum raya haritu, dalam bilik sambil borak2 dengan en.husband. tanya en.husband bila nak balik raya utara. Alang2 balik nanti boleh lah kita naik cameron highland. Teringin nak makan lavender ais krim, strawberry coklate dengan cendawan goreng kat atas tu. Husband pon automatik capai tab dia search trivago book bilik. Aku tak kisah pon bab bilik ni. Kalau boleh bilik yg bawah RM100 sebab nak tidur semalam je. 

Finally dapat lah 1 bilik macam apartment dekat tanah rata sebab dekat situ je ada hotel yg murah2..garage guest house RM99 je. Yg tak bestnya kena share toilet dengan orang lain. Tak kisah lah. Husband pon cakap awak buatlah itternary nak gi mana. Mcm biasalah kerja aku bila nak berjalan. Tak padan dgn perut dah memboyot. Nak jalan sakan. 

Aku ni banyak kali pernah gi cameron tapi aku still tak pandai jalan kat atas tu. Sebab banyak mcm dah berubah. Yg aku ingat tanah rata tu je. So aku pon screenshot la peta cameron highland. So sesiapa nak plan gi cameron lepas ni boleh la refer peta ni.


Macam biasalah kalau aku buat jadual perjalanan aku. Kalau semua aku sempat pergi kira baguslah tu. Tapi kalau x tu nasiblah. Sebab jadual perjalanan dah berubah disebabkan keadaan jalan yg jem dekat cameron lepastu kak ipar n abg ipar aku pon join sekali. Okay gak ramai2.

Sepatutnya kami bertolak dari rumah pukul 10 pagi dan akan lunch kat simpang pulai around 12 pm. Disebabkan kami singgah dekat seberang jaya jumpa mama aku sekejap pastu kami singgah lunch dekat bagan serai dlm pukul 12. Tunggu dorang siap2 nak gerak sekali, topup minyak touch n go lagi dalam pukul 2pm baru kami gerak ke cameron. Dengan keadaan jalan yg jem. Dalam pukul 5.30 jugajlah kami sampai di ladang teh cameron valley. Sempat lah mengeteh kejap sambil menikmati keindahan ladang teh bersama hidangan honey lemon tea dgn coklate cake. Ehmmmmm..





Pukul 7pm kami mulah bergerak menuju ke tapak pasar malam. Banyak tapak pasar malam dah berubah tempat. So kalau sesiapa yg plan nak dtg sini nak gi pasar malam kena buat sikit reseach sb byk pasar malam dah xsama tempat mcm dulu. Dekat 1 jam kami stuck jem dekat brinchang. Memang ramai yg bercuti raya dekat cameron ni. Pukul 8pm barulah sampai pasar malam.

Plan sebenar sepatutnya dinner dekat abg grill & steamboat memandangkan semua dah lapar kebuluran. Terjah makanan dekat pasar malam lah. Sempatlah grab strawbery 5 packet rm10 je. Pastu dapat makan strawberry coklate, cendawan goreng, jagung bakar and nasi goreng ayam. Pukul 10 pm jugaklah kami check in.

Masuk je bilik semua dah terjun atas katil. En. Husband biasalah xtahan sejuk. Berselubung dlm selimut xnak keluar. Malam kat cameron memang sejuk tapi siang panas tak rasa langsung sejuknya. 


Pukul 10 pagi kani lunch dekat Taman Abang Grill & Steamboat. Nasi lemak cinta strawberry dgn nasi lemak rendang cameron bersama air free boleh refill. Sepinggan nasi lemak tak sampai RM10. Yang syok nak makan kat sini sebab payung2 kat atas tu ja bukannya apa. πŸ˜…

Pukul 11 am kami gerak menuju ke cactus valley. Rupanya cactus valley dgn Big Red Strawberry  Farm sebelah2 je. So x susah sangat nak cari.  Tapi cactus valley masuk kena bayar padahal bukan best sgt takat nak bergambar boleh lah.






Pukul 12.30pm kami lunch di Big Red Strawberry Farm. Yang ni yang xsabar2 nak makan ni. Waffle and strawberry yogurt. Yum yumm πŸ˜‹


 Destinasi berikutnya sepatutnya kami ke pasar kea farm sebelum menuju ke rose farm. Dengan cuasa yang panas terik. Kami terus ke rose farm. Pukul 1.30 pm kat rose farm. Kami pon bergambar je la kat situ yg pelik nya bunga rosenya xbyk pon. Bunga lain yg banyak rugi pulak masuk. Nak tak nak dah bayar laki aku suruh panjat sampai ke puncak rose farm. Aku hampir sikit lah ke situ tapi berjaya lah jugak mendaki dgn keadaan hamil 7 bln ni. Baru senang beranak org kata. Ada makcik2 yg dtg semua patah balik sebab katanya tinggi. Serius view kat atas lagi cantik.






Sebelum nak balik menuju ke destinasi terakhir. Sempat lagi suruh husband singgah turun belikan bantal strawberry. Sejenis isteri yg mengada2 sangat. Nasiblah en. Husband ada mood nak layankan isteri dia hari tu. 😊 makaseh husband.

Destinasi terakhir Lavender garden. Tekak dah perit terasa nak makan levender ais krim laa.. masuk dalam ni kena bayar sekepala rm10 rasanya.. So aku and qyra je sempat masuk. 

Terus grab lavender ais krim. RM7 kau..tapi shedappp..









Tuesday, 20 June 2017

TARAjr.πŸ‘Ά ~ 2nd trimester pregnancy experince. πŸ‘Έ


14 kemuliaan yg allah catatkan bagi wanita hamil..hebatnya kaum hawa itu..

1. Apabila seorang wanita mengadung dalam rahimnya, maka berinstifarlah para malaikat untuknya. Allah swt mencatat baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan & menghapuskan baginya 1000 kejahatan.

2. Apabila seorang wanita itu sakit hendak bersalin / melahirkan, allah mencatat baginya pahala orang yg berjihad kejalan allah.

3. Apabila seorang wanita itu melahirkan anak, hilanglah dosa-dosa seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4. Apabila semalaman si ibu tidak tidur kerana memelihara anaknya yg sakit, maka allah swt memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dgn ikhlas untuk  membela agama allah swt.

5. Rakaat solat wanita sedang hamil itu lebih baik dari 80 rakaat wanita yg tidak hamil.

6.  Wanita yang memberi  minun air susu asli kepada anaknya dari dirnya sendiri akan mendapat 1 pahala dari setiap titisan.

7. Apabila seorang wanita telah melahirlan lalui disusukan anaknya maka bagi ibu itu setiap tegukan dari susu itu diberi 1 kebajikan.

8. Wanita yg tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yg sakit akan diampunkan seluruh dosanya. Apabila ia menghiburkan hati anaknya maka allah memberikannya 12 tahun pahala ibadah.

9. Wanita yg hamil akan terus mendapat pahala terus berpuasa disiang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus beribadah dimalam hari.

11. Wanita yg bersalin akan mendapat pahala 70 tahun shalat dan berpuasa. Serta setiap kesakitan pada 1 uratnya allah swt mengurniakan 1 pahala haji.

12. Sekiranya wanita mati dimasa 40 hari selepas bersalin dia dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika seorang wanita menyusui anaknya cukup tempoh 2 1/2 tahun maka malaikat2 dilangit akan khabarkan berita syurga wajib baginya.

14. Jika seorang ibu memberi air susunya kepada anaknya yg menangis maka allah memberinya pahala 1 tahun shalat & berpuasa.

Bila baca entri kat atas ni confirm ramai wanita ibu2 tak serik2 lagi nak hamil dan melahirkan zuriatkan..

Okay hari ni cik.kekasih nak share sikit sebanyak pasal kandungan cik.kekasih yang dah masuk trimester ke2 ni. Apa yg cheq tau trimester ke2 ni adalah peringat pertengahan kehamilan iaitu ( 4 - 6 bulan) dimana waktu ini ibu2 yg hamil mula berasa nyaman dan selesa sikit dgn tubuh badan sendiri. Tak macam keadaan yg kita alami masa trimester1.

Masa trimester ke2 ni, alhamdulilah cik.kekasih dapat menjalankan aktiviti harian macam biasa. Dapat menguruskan rumahtangga dan suami mcm biasa. Dah tak ada alahan, penat dan lelah lagi. Tapi jangan terkejut sekiranya muncul benda2 atau tanda2 yg pelik pada diri korang. Contohnya dalam tempoh ni cik.kekasih mengalami gusi berdarah. Kekejangan otot, timbul bintik2 merah gatal pada kaki, tangan dan sekitar perut. Bulu pada badan akan tumbuh dgn cepat, gelap dibahagian2 sulit dan kulit menjadi kering. 

Jangan risau bila cik.kekasih google2 rupanya benda ni adalah normal bagi wanita hamil. Tapi setiap wanita hamil akan mengalami sintom lain2. So kalau korang mengalami situasi yg berbeza dari cik.kekasih rajin2 lah baca artikel2 kat internet atau dapat pandangan doktor atau org yg lebih berpengalaman. Memang apa yg kita lalui tempoh ini buat kita tak selesa. Tapi nak tak nak kita kena lalui jugak sebab itu adalah tanda bahawa baby dalam perut kita tengah membesar. 

Dalam tempoh ni jugak, kita mesti dah mula plan macam2. Contohnya dekat mana hospital yang kita nak bersalin ?? Nak letak apa nama baby ?? Barang2 baby bila nak shopping ?? Mcm cik.kekasih masa tempoh ni dah servey hospital/klinik bersalin sekitar damansara & shah alam. Kalau boleh pilihlah hospital/klinik yg paling dekat dengan rumah kalau emergency senang. Macam nama baby ni sebelum kahwin encik suami dah ada nama untuk baby boy. Tapi cik.kekasih cari jugak untuk nama baby girl. Sebab jantina baby pon belum tahu lagi. Tapi cik.kekasih dah xstart prepare brg2 & baju baby untuk masuk labor room. Yg lain beli hujung2 pon xpa.


Pengalaman nak beli barang baby memanglah  excited  tengok baju baby yg comel2. Tapi tu lah ada barang2 baby yg lain yg still xtau lagi fungsi dia. Pastu pakat main beli je tanpa refer checklist sampailah masuk 1 kedai baby tu ada sorg sales girl tu bagi checklist new born. Hamek kau rupanya banyak lg barang2 baby yg kita perlu prepare. Memang orang cakap bila nak melahirkan baby ni banyak duit yg nak pakai. Banyak barang nk kena beli. Tapi bagi aku, aku taknak jadikan benda 1 beban. Aku cuma fikir dan percaya rezeki anak nanti insyalallah mesti lebih lagi. 

Apapun kita mesti menghargai rezeki yang allah dah beri pada kita. Tak semua dapat peluang yang sama macam kita. 😊

Tempoh ni jugak korang akan berhadapan dgn situasi ini..mesti ramai yang dok tanya korang dah Berapa bulan ?? Perut kecik je xnampak ?? Dah scan ?? Baby boy ke girl ?? Kalau boleh nak baby boy ke girl ?? Ada yg dok main teka meneka.. tengok mak dia berseri ni baby girl ni. Tengok perut kecik ni baby boy ni ?? Macam2lah. Naik poning jugaklah. Sampai kita pulak xsabar nak tahu jantina baby kita sendiri. Mulalah dok google mcm2 untuk mendapat kepastian.

Ada yg cakap kalau tidur selalu mengiring ke kanan baby laki kalau ke kiri perempuan. Tapi ada yg cakap sebaliknya
Ada yg cakap kalau muka berseri tu baby laki kalau muka kembang dan berjerawat perempuan. Ada yg cakap sebaliknya.
Ada yg cakap perut tajam kedepan laki. Perut lebar kebawah perempuan. Confius makk!! Tak nak percaya..
  
So aku decide cuba tengok calender kelahiran cina..saja syok2 nak cuba..ada yg cakap memang tepat ada yg xtepat jugak. Diikutkan table ni baby aku baby boy !!


Aku kalau boleh nak anak sulong ni anak laki. Sebab anak sulong laki ni aku nak dia jaga adik2 perempuan dia nanti. Lagi satu tangungjawab dekat ibu dia mestilah besar. Dia boleh jaga aku kelak. Selain tu anak kakak aku dah 2 perempuan so kali ni bagilah boy pulak dalam family bagi happening sikit. Tapi kalau girl pon aku xkisah. Perempuan dia boleh bantu kat dapur boleh jaga makan pakai papa dia mcm aku jaga papa dia. Sebab 2 2 pon aku terima and aku suka. Whatever it is aku nak buat yg terbaik untuk anak aku.

Masa check up aku yg ke 6 bulan. Masa ni kandungan dah 23 week 5 days.  Aku kena amik suntikan kancing gigi dan minum air gula. Aku pon decide nak buat scan baby. Nak ikutkan kandungan dah 22 minggu dah boleh nampak jantina baby. Masa scan pertama kali aku dah nampak boy tapi xjelas. Doktor pusing2 lagi nak nampak lagi jelas. Second time memang jelas aku nampak kelakiannya. Masa tu rasa happy sangatlah bila tahu baby boy.


TARAjr is coming soon..






Tuesday, 11 April 2017

TARAjr. πŸ‘Ά ~ 1st trimester pregnancy experience πŸ‘Έ


9 weeks 5days  

Hi blog reader..
 2bulan rasanya xupdate blog bukannya apa cik kekasih busy sikit 2 bulan yg lepas. mana tak nya sibuk dengan nak pindah rumah dah tu dengan keadaan cik kekasih yg berapa nak baik sejak2 pregnant fasa 1 ni kan. okay 1st sekali cik kekasih nak story sikit pasal pengalaman 1st trimester pregnant cik kekasih.

8.3.2017 yg lepas cik.kekasih mengalami mual dan muntah sepanjang hari. dari pagi sampailah ke malam. semua yg cik kekasih telah dia keluar balik. sampai muntah dah keluar buih2 putih je. cik.kekasih mabuk teruk sampai dah lembik dah masa tu. cik.kekasih pun roger en.husband suruh balik cepat bawa cik.kekasih g klinik.

Sampai klinik doktor pon check tekanan darah semua. lalu dia pon scan baby. baby masa ni dah 9w 5d. dh masuk 3 bln. terujanya bila doktor scan. baby dh nampak bentuk. dah ada degupan jantung. baby bergerak2 kat dlm sana. doktor kata baby sihat dan aktif. kalau baby aktif doktor cakap maklah jd mangsa. tu yg mabuk teruk.

Doktor cakap xsemua org mengalami mabuk teruk masa pregnant sesetengah je. tapi tak pa janji baby sihat sudah. Tapi its normal. Tapi kalau berlarutan boleh pengsan. Kena masuk air bagai. Itu yg risau. doktor pon cucuk lah ubat antimabuk. pastu dia ada bagi beberapa jenis ubat angin dan tahan muntah.

Pengalaman mengandung trimester pertama ni memang banyak dugaannya. bukan dengan muntah mual sepanjang hari. segala jenis bau tumisan pon cik. kekasih xboleh nk bau. nak masuk dapur memang jrg sekali. tapi kesianlah kt en.husband makan bungkus je la. kerja rumah langsung xleh nak hadap asyik nk tidur je sepanjang hari. memang nampak pemalasnya.

Doktor saran elak makanan pedas dan minyak tu yg buat kita asyik nak muntah tu. tremester 1 pulak cik.kekasih dah mula kurang makan pedas. cik.kekasih sula makan sup2. ayam masak halia. lg masuk makanan mcm org berpantang. jus oren atau asam2 yg favourite pon dah tak bole terima tekak.

1st tremester cik.kekasih dah start minum susu untuk ibu mengandung, itu pon en.husband yg ajak gi beli. dia suggest Anmum tapi cik.kekssih amik tester dulu sebab anmum mahal sikit. cik.kekasih cuba Enfamama ada 2 flavour. cik.kekasih lebih prefer vanilla dari chocolate sebab cik.kekasih tak berapa minat susu chocolate bancuh. so belilah kotak kecik untuk percubaan. 

Bila dah minum 2 2 jenis susu tu. enfamama lebih sesuai dgn cik.kekasih. bukannya apa dari 1st trimester lagi cik.kekasih suggest uolss minum susu sebab apa. dlm trimester ni lah banyak tenaga kita yg hilang. sebab kita tak lalu makan dan sering muntah. susu ni dia dpt cover balik. susu ni bukan saja untuk kesihatan ibu tetapi dia berkhasiat untuk tumbesaran bayi jugak. so setiap malam lah en.husband buatkan susu. sebab dia bancuh lagi sedap.

Kali ni beli yg tin besar. 3 bulan pun tak habis2 rasanya. kalau beli kotak kecik 1 bulan dah habis.

Pasal emosi dan tekanan diri ketika mengandung tak  payah nk explain banyak. semua yg pregnant akan mengalami emosi dan tekanan yg xstabil. betul x ?? tahap marah. tahap cemburu. tahap cerewet. tahap tak suka itu ini biasalah bagi cik.kekasih. suamilah yg menjadi mangsanya. cik.kekasih cuba kawal emosi kdg2 ada jugak yg xberapa nk memahami keadaan cik.kekasih itu yg membuatkan cik.kekasih marah dan stress sgt.

Ujian yg dtg xhenti. tambahan pulak owner rumah mintak keluar dari rumah coz dia nak balik rumah dia. 4yrs cik.kekasih duduk situ dah selesa semua. ingat nak membesar baby dekat situ tapi tak jadi. Nak kauntim sampai hujung tahun pun dia xbagi chance. tinggal kenangan je rumah tu. terpaksalah cari rumah sewa yg lain sementara nak tunggu rumah baru siap sepenuhnya tahun depan. 

Sebulan jugak aku dgn husband pening cari rumah sewa. bajet aku below than Rm650 lah. sebab sewa sebelum pun banyak tu. disebabkan aku yg xkerja. so semua en.husband lah yg support. tambah lepas kawin ni en.husband cakap kena banyak berjimat. Aku xkisah pon rumah mcm mana coz nak sewa kejap je. As long as murah tak membebankan suami. kalau boleh rumah biarlah dekat dgn en.husband punya tempat kerja dan xjauh dari rumah yg husband beli. Yelah nak pindah randah ingat tak ponat ke..

1hari en.husband free kami pon pergi ushar rumah sewa. en.husband ni dia cakap je xkisah itu ini. tapi nafsu besar jugak.. sebelum dia keluar dia ada cakap mana tau dapat rumah yg tak payah naik tangga. pastu boleh parking kereta bawah bumbung then boleh parking 2 kereta trus. angan2 dia lah tu. tapi fokus kami pada rumah pangsa atau apartment yg tu je yg bole dpt dgn bajet kami.

Tak sangka pulak angan2 en.kekasih tercapai. masa nak balik setelah penat berpusing2. kami jumpa rumah setingkat yg comel. baru pulak tu. so kami ada 3 jenis rumah sewa yg berlainan harga & jenis. aku pon mula berfikir. rumah 1st yg kami tangkap yg ni memg favourite husband. dia suka sgt apartment baru ni. Memang cantik & luas. Tingkat 2. Ada mcm kt ruma sewa lama jugak. tapi sewa sebulan RM800 mak aii. rumah 2nd ni flat biasa tingkat 1 kot..RM650 semua okay tapi xda balkoni and tempat nak sidai baju. rumah last sekali rumah setingkat baru lagi. ada 4 bilik 2 bilik air. ada kitchen kabinet lagi kau. memang selesa habis. depan rumah ada playground pulak. RM750 sebulan. if korang pilih mana ye ??

Aku and husband memang bersependapat. terus bayar booking haritu jugak. sepatutnya masuk 1 april disebabkan en.husband tak sabar nak masuk rumah baru. tengah bulan 3 kami dah transfer barang and bermalam kat situ. even tengah pregnant gagah jugak aku berkerja keras tolong packing2 barang sampai terlupa tengah pregnant. angkat berat2 sesuka hati je. syukur alhamdullilah baby xapa2. dia utuh di rahim mama dia. bolehlah berpantang and membesar baby dekat rumah baru ni. lebih selesa sikit. jiran kat sini pon semuanya melayu and ada yg baru kawin jugak and ada yg masih beranak kecil.

Belanja sikit gambar rumah baru kita.

Itulah serba sedikit experience yg cik.kekasih lalui masa hamil trimester pertama ni. hopely next trimester dah berkurangan alah cik.kekasih ni. doa cik.kekasih semoga kehidupan rumahtangga kami diruma sewa baru ni lebih baik lagi dari sebelumnya. lebih diberkati allah. lebih bahagia. aminn..




Saturday, 11 February 2017

The special memories of my pregnancy ~ tanda-tanda awal kehamilan cik kekasih πŸ‘Έ


Hi blog readers..
Tengok tajuk diatas dah tahu dah lepas ni cik.kekasih rajinlah tulis entri pasal perkembangan kandungan cik.kekasih. walaupun terasa kemengahan dan kemalasan sejak kebelakangan ni tapi gagah jugak berblogging. 

Hari cik.kekasih nak share sikit pasal tanda-tanda awal kehamilan cik.kekasih yang mana semua pun pernah mengalaminya. Tapi setiap tanda-tanda dan sintom kita semua berbeza-beza. jika kita tanya dekat mak kita pon dia akan cakap setiap anak yang dia kandungkan berbeza2 sintomnya.

Setelah mengetahui yang aku disahkan hamil, aku mula mengkaji tentang tanda-tanda kehamilan aku. banyak yang aku baca tentang tanda-tanda kehamilan ni. contohnya, terlambat period, ada percikan darah yang keluar atau tompokan chocolate yang akan keluar dari kemaluan kita, morning sickness, payudara membengkak dan sensitif, kurang nafsu makan dan sebagainya.



1- 2 minggu kehamilan...

Aku mengalami morning sickness, dimana setiap kali pukul 11 pagi dan keatas. dalam sehari ada 2 ke 3 kali. bila aku nak termuntah ada benda yang mcm tersangkut dekat perut aku dia loya ja tapi dia tak muntah pun tu lah namanya "morning sickness". kencing tidak lawas..ni paling seksa bila kencing xpuas. sejak2 ni aku rajin jadi minah jamban.
Ada sesekali rasa badan macam lemah je..rasa nak demam pun ada. 

Permakanan :  3 hari selepas last period aku dah mula makan asid folic yang aku beli dekat farmasi. Ni bukan asid folic biasa yang ni yang mahal sikit 1 kotak RM30. Nama dia IBERET FOLIC 500 yg mengandungi iron, vitamin c, b complex dan asid folic. Lelaki perempuan pon boleh makan. Ibu mengandung dan ibu menyusu pun bagus makan bagi menambah susu dalam badan. informasi yang aku dapat asid folic ni bagi meningkatkan kesuburan wanita selain tu boleh cepat dapat baby.

2 - 3 minggu kehamilan...

Aku mengalami nafsu makan yang luar biasa. setiap jam aku rasa nak makan. dalam 1 hari 5 6 kali jugak aku makan. mengidam tu ada tapi mengidam yang biasa2 bukan mengidam yang pelik2 lagi. Ada sekali tu aku teringin sangat nak makan rendang daging sampai aku minta encik husband pusing 1 KL cari rendang daging.

Permakanan : aku lebih suka makanan yang mengandungi protein, vitamin dan karbohidrat. Macam daging, ayam, ikan, paru, seafood. Roti, ubi kentang, salad, pasta, susu, jus buah dan buah-buahan. makanan asam2 yg masin2 atau yg aku suka and selalu makan aku dah tak teringin pulak.

3 - 4 minggu kehamilan...

Aku mengalami kesakitan dibahagian payu dara, payu dara kelihatan membengkak dan sensitif bila disentuh. rasa nak menangis ja bila tersentuh dengan apa2. badan mula rasa letih, lemau dan lesu je. baru buat kerja sikit, berjalan sikit dah letih. nak buat apapon dah tak nak. kemalasan je rasa. saiz badan pon mula berubah, rasa melebar dan membuncit je. kalau timbang masa ni berat dah naik 2kg dari berat yg asal.

Permakanan : dalam tempoh ini, embrio memerlukan banyak gizi yg berkhasiat daripada ibu supaya dia dapat berkembang dengan pesat. Tempoh ini juga aku ambil buah delima 1 hari dalam 20 biji. 10 biji siang 10 biji malam untuk menguatkan rahim. buah delima banyak khasiatnya. dalam 1 biji buah delima ada 1 penawar. selain boleh menguatkan rahim kita biji delima dapat merawat luka. ubatan dan vitamin dari doktor harus dimakan setiap hari jangan miss.

4 - 5 minggu kehamilan..

Masa ni rasa loya atau morning sickness dah hilang. sakit kepala, sakit badan, sakit dibahagian perut menjadi2. Mungkin embrio sedang membesar.  Pakaian ketat dan sendat dah tak selesa nak dipakai lagi. Nak bersiap cantik2 pon agak kemalasan waktu ni. selalu je rasa nak buang angin sekarang ni. sehari tu lebih 5 kali buang angin. en husband sampai marah.πŸ˜‚ 

Permakanan : air lemon bagus bagi ibu mengandung dan bayi selain dari menstabilkan tekanan darah dan memberi vitamin kepada badan, ia dapat meningkatkan perkembangan otak bayi dan mempercepatkan pertumbuhan tulang bayi. disaran tempoh ini harus mengambil sekurang2nya sebungkus biskut atau segelas jus atau susu sebelum tidur.

Tips lain : ibu yang hamil sekurang kurangnya perlu makan 5 kali sehari.


Mungkin setiap orang pon mengalami pengalaman yang berbeza. tapi bagi ibu yg hamil dalam tempoh 1 bulan disaran  supaya menjaga kesihatan dan mengambil permakanan yg sihat. aku bersyukur sebab dlm tempoh 1 bulan kehamilan aku tak mengidam benda yg pelik2 dan tak berkhasiat..selagi mampu nak masak benda yg berkhasiat selagi tu aku buat. minta2 jangan nak makan benda pelik2 je. jangan banyak berjalan, berdiri terlalu lama, jangan angkat barang berat, jangan melakukan aktiviti lasak. Jangan memakai pakaian yang ketat. banyakkan berehat. biarlah kemalasan tidur dalam tempoh sebulan ni supaya bayi dalam kandungan selamat.

Jika terdapat sakit dibahagian perut yang berlarutan, kanan perut kiri perut atau kedua2 nya silalah berjumpa doktor. sekiranya mengalami pendarahan yg tidak henti jangan dibiarkan silalah ke hospital ye. apapon rezeki itu ditangan tuhan. kita doa yang terbaik untuk kandungan kita. aminn.


Wednesday, 8 February 2017

Happy Birthday Cik.kekasih πŸ‘Έ~ special gift from Allah 🎁 Mommy tobe soon πŸ‘Ά

  
BISMILLAH..

alhamdullilah masih diberi kesempatan olehNya untuk hidup diusia 28 tahun ini. Hari ini genaplah usia ku yang ke 28 tahun dan diusia ini aku dihadiahkan allah s.w.t seorang suami yang penyayang dan insyaallah dengan izinnya bakal menjadi seorang ibu 9 bulan lagi.
 Terima kasih kehadrat illahi dengan berkat doa dan usaha aku dan suami, Allah menghadiahkan aku benih cahaya mata untuk hari lahir aku yang ke 28 seperti yang aku harapkan. 
THANK YOU ALLAH..
kerana maha mendengar, maha mengetahui, maha mengasihani..kerana ini adalah hadiah yang ke 2 yang telah kau tunaikan. Aku sangat bersyukur dengan pinjamanMu. 
THANK YOU En.Husband..
Kerana memahami kehendak isterimu, tidak pernah jemu melayani kerenah isterimu, yang selalu cuba yang terbaik untuk membahagiakan isterimu.. Bae cukuplah ini sebagai hadiah hari lahir tahun ini..
THANK YOU to all family & friends..
Yang selalu support. and tak sabar nak tunggu kewujudan TARA junior.
Orang cakap stage pertama kebahagiaan seorang wanita itu apabila dia dilamar dan dinikahi. Stage ke 2 dia akan lebih bahagia jika dia boleh mengandung dan melahirkan zuriatnya. Stage ke 3 dia akan rasa paling bahagia bila dia dapat membesarkan anaknya dengan ke2 tapak tangannya bersama orang yang cintai iaitu suami.
Tapi sekarang aku rasa akulah Wanita Paling Bahagia dalam dunia sekarang..
Semoga allah permudahkan semuanya..


Pada aku mungkin nilah hadiah yang aku terima kerana aku telah menyelamatkan 1 nyawa bayi yang tak berdosa yg hampir digugurkan oleh ibunya beberapa bulan lalu. if you are lucky enough to carry a child, hargailah sebab tak semua wanita dalam dunia bukannya mampu mengandung dan melahirkan zuriatnya sendiri..bersyukurlah pada allah kerana memberi kita zuriat. sebab ramai lagi diluar sana bersedih masih belum berkesempatan macam kita. mereka pun teringin nak melalui pengalaman macam kita. sebab rezeki kita berbeza2. bersyukurlah !!

Pada awalnya aku tidak menyangka peralihan kesihatan aku sejak akhir2 ini adalah satu petanda diriku dihuni makluk allah.. Aku cuma tak nak terlalu berharapan seperti kejadian bulan lepas. yang aku sangat berharap aku akan pregnant baby boracay..akhirnya hampa..Mana mungkin nak pregnant disebabkan aku ada mengambil 2 biji pil delay period masa nikah haritu dan period aku keluar tak menentu. Mungkin tak sabar nak ada baby sendiri. yelah dengan usia aku yang hampir mencecah 30.. banyak benda yang menghantui aku.

Pada minggu pertama dan minggu ke 2 selepas last period, aku kerap kali je menghidapi morning sickness. macam orang pregnant. sampaikan ryqal tegur ticha ni dah kenapa ?? aku pon tak pasti sebab terlalu awal untuk menjangka yang aku pregnant sebab minggu tu adalah minggu subur aku. bila aku google2 ada yang berpendapat perasaan loya2 tu mungkin pertanda hari subur kita memang kita akan mengalami loya2 seperti morning sickness.

Bulan lepas tak menjadi memang hampa dan sedikit kesedihan melanda. Tapi dengan positifnya aku fikir belum rezeki lagi. Mungkin allah lebih mengetahui..selepas habis je period aku tanya en. husband " bae awak taknak bagi hadiah baby ke untuk birthday saya " 😁 ayat pancing suami..berusaha lagi..walaupon aku tahu keadaan aku tak berapa nak baik. aku merasakan sakit pada pangkal rahim seperti ada benda yang nak jatuh. bila aku google2 dorang cakap mungkin peranakkan jatuh. sebab period yang datang bulan lepas luar biasa sakitnya. aku pun cuba merawat sendiri dekat rumah dengan tips yang dorang bagi. apa yang aku baca kalau peranakkan jatuh susah sikit nak pregnant. perasaan takut menguasai diri.

Beberapa hari melakukan teknik yang diberi. kesakitan aku beransur pulih. tapi untuk pregnant kali ini tidaklah beria2 seperti bulan sebelumnya. sebab aku tahu condition aku pun kurang baik. tapi tetap berusaha dan berdoa semoga aku dapat pregnant masa hari lahir aku..
Masuk minggu ke3, nafsu makan aku menjadi nampaknya. aku tak berhenti makan kalau makan nasi pon mesti bertambah2. nak cakap mengidam tak ada pulak mengidam yang pelik2. ada sekali tu aku teringin nak makan rendang daging. aku minta bae pergi sogo sebab dekat sana ada 1 kiosk kt bawah tu yang jual rendang sedap. tapi hampanya bila pergi sogo dah jadi lain. rendang pon entah dimana.

Mungkin pregnant ke aku ni ?? ke aku nak period ?? sebab aku tak dapat mengenalpasti lagi sebab bila nak dekat period pon aku memang kuat makan, itu ini aku nak makan and loya2 sakit kepala. sebab orang cakap setiap orang takkan sama sintom dia..aku pon biar jelah walau masa pergi bercuti dekak KK dorang semua cakap aku pregnant tapi aku xmengiakan. yelah kalau confident sangat nanti hampa lagi.
period aku selalunya datang ontime. dekat2 nak period aku tunggu je period datang. adalah sakit sengal2 je. tak delah sakit mcm nak 1st period.. esoknnya pon tak datang jugak aku nekad nak beli pregnancy test. aku tak pernah lambat period selalunya terawal beberapa hari adalah.

2.february.2017

 lepas encik husband balik dari kerja dia bawak aku gi farmasi. masa tu kepeningan aku dalam farmasi sebab banyak sangat pregnancy test mcm2 jenis dan harga. mula aku nak amik yang RM10 tapi hati kuat nak cuba yang mahal punya.. clear blue RM33 jugak aku beli sebab sorang member aku yang kahwin sama tarikh aku dia pregnant bulan lepas dia guna benda ni specialnya dia digital boleh tunjuk kita pregnant atau tak dan berapa bulan kita dah pregnant. Lagi specialnya dia boleh check seminggu sebelum tarikh kita sepatutnya period lagi..selalunya benda ni memang tepat dibanding pregnancy test yang murah. 

Niat dihati nak test esok. sebab dorang cakap air kencing waktu pagi lagi elok nak buat pregnancy test ni. sebelum guna ada lah beberapa org member aku chat untuk dapat info lagi jelas. tapi semuanya info berbeza2. tetiba en.suami masuk bilik.. "pergilah cuba??" aku cakap esoklah takut pulak nak cuba sekarang sebab sepatutnya buat esok pagi orang cakap.. "pergi je malam ni tak jadi esok kita beli lagi" 
En.husband ni jenis tiada kesabaran..semangatnya pergi lah buat experiment sambil dibantu en.husband..akhirnya result...
OMG I'm Pregnant !!!
Terlompat2 aku sekejap..sambil en.husband cakap " jangan makan bukan 
2 lepas ni..jaga baby kita " Oh so sweet.. πŸ˜™

Pregnant 3+ bermaksud dah pregnant hampir 5 minggu mengikut pengiraan doktor katanya..mengikut pengiraan MyDays aku pulak. okay MyDays ni kaka ipar aku Kak Yana yang minta aku download benda ni sejak awal bulan 1 sebab kat sini kita boleh tahu bila tarikh kesuburan kita. and kita boleh update bila kita mula period and last period and benda ni kita boleh buat sebagai diary kita.

Nilah My days korang boleh download dekat playstore.

Orang cakap kalau nak kira tarikh kita mula start pregnant adalah tarikh dimana hari terakhir kita last period. okay kalau yang warna merah itu maksudnya tengah bendera merahlah. first period aku 2hb and last period 8hb so maksudnya 8hb tu dah boleh kira berapa minggu kita dah pregnant. mengikut mydays aku, hampir 4 minggu aku dah pregnant maksudnya dah (1 bulan ).

4 february 2017

Harini aku pergi  check doktor nak betul2 confirm yang aku betul2 pregnant atau tidak. aku cuba cari klinik yang bersesuaian dan berdekatan supaya senang untuk aku buat pemeriksaan kandungan aku.
Bila google ada 1 klinik ibu dan anak dekat damansara damai klinik Dr.Normah. doktor yang buat rawatan dekat aku haritu doktor india. baik orangnya. setelah discan, ternyata aku pregnant 4 minggu 2 hari mengikut mesin scan. dan dijangka due pada 15 oktober 2017. tapi mengikut doktor pulak dijangka due 8 oktober 2017. around that la. sebab kerja allahkan dorang pon tak pasti.

 nampak x ada bulat kecil dekat atas tu.
Ketika kandungan baru mencecah 4 minggu, dia dipanggil embrio. embrio saat ni adalah bersaiz sebiji kacang hijau. kecilkan. so pada saat inilah para ibu perlu menjaga kandungannya supaya tidak gugur. disaat ini juga embrio memerlukan nutrisi yang sihat dari ibu supaya dia berkembang menjadi janin. Para ibu diminta banyak berehat dan kurang berjalan serta tidak melakukan aktiviti berat.

Selain dari tu, doktor ada cakap denyutan jantung aku sangat laju. mcm tak normal. adakah aku nerveous ?? doktor ada cakap aku ada tiriod x??  aku mula terfikir 10 tahun lepas aku pernah buat rawatan tiriod..tapi masatu doktor mengesahkan tiriod aku x aktif. so xperlu dirisaukan. tapi bila doktor check semula dia minta aku buat rawatan semula kerana bimbang sebab keadaan aku yang tengah pregnant boleh menyebabkan koma bila ada 2 dengutan jantung dalam badan aku tapi denyutan aku terlalu laju.dengar macam serius je. tapi apapon aku berserah kepada allah taala. 

Para suami ampuni isterimu yang ketika ini tengah bermalas malasan dan mengada ngadaan. ini akibat kerana pembawakan bayi mu yang isterimu kandungkan. bertabahlah selalu wahai suamiku..

ALHAMDULLIALAH aku kini bergelar Mommy tobe..
Bakal ibu kepada zuriat yang bakal kulahirkan ini..
Membesarlah dengan baik sayang dalam rahim ibumu ini..tumbesaran benih ini akan ku serahkan segalanya kepada Allah s.w.t kerana dia yang lebih megetahui..kepada saudara mara dan sahabat moga sama2 berdoa agar aku dan anak dalam kandungan ku sentiasa sihat dan sempurna hendaknya. semoga aku diberi lebih kekuatan untuk mengalas amanah yang allah kurniakan ini. insyaallah.
TERIMA KASIH ALLAH ATAS KURNIAAN INI..
TERIMA KASIH ENCIK HUSBAND ATAS BENIH CINTA INI..TERIMA KASIH BAKAL ANAK MAMA yang akan menemani hari hari mama selama 9 bulan ini.       

Sambungan next entri..

♡ special memories of my pregnancy..



Wednesday, 1 February 2017

TARA 2nd honeymoon ~ Kundasang, Sabah (3rd 4th n 5th days )


                      
Cantikkan view gunung dekat atas ni. tolonglah jeles !!πŸ˜‚

Sambungan dari entri yang lepas nak sambung storymory pasal second honeymoon dekat KK. hari yang ke 3 dan ke 4 kami ke Kundasang, Sabah.

Hari yang ke 3 : Rumah terbalik & Spa ikan Sg. Moroli

9.00 a.m : kami bertolak dari rumah ke restoran mamak yang berdekatan perkena roti canai dia boleh tahan sedap jugak.

10.00 a.m : Kami sampai di rumah terbalik jalan tamparuli, sabah. Aku pernah masuk rumah ni tapi nak memeriahkan lagi suasana sebab yang pergi makcik and nenek aku tu pon kaki bergambar jugak aku join lah jugak. tapi kali ni aku tengok ada dia buat 3d art museum boleh tahan mahal jugak tiket dia. 






11.00 a.m : sejam dekat situ, kami pon memulakan perjalan ke kaki gunung kinabalu dengan melintasi jambatan tamparuli sabah. perjalanan lebih kurang sejam setengah.




Setiap station berhenti tangkap gambar selagi gunung belum diselimuti kabus.

12.30 p.m : kami sampai di kundasang sabah. Singah sekejap dekat pasar2 yang berhampiran ditepi2 jalan. sempatlah grab cokllat snearkers and 1 papan biskut RM2 je.  tak tau kenapa dia jual coklat tu dengn harga seringgit 1. kalau kat bawah mau 3 4 ringgit 1.

13.00 p.m : kami check in di resort yang berhadapan dengan hotel yang pernah aku menginap sebelum ni Kinabalu Herritage Hotel. tetiba terkenang kembali waktu datang dengan fasha dulu. malamnya kiteroang akan naik titi gantung ke resort sebelah untuk lepak borak2 kat situ. Tapi kali ni datang dengan husband pulak. 😚

Tak sangka yang kami menginap dekat resort cantik dekat seberang titi gantung tu. so cantik. 




Fasya mesti mencemburui aku. Dia mesti still simpan gambar kami dekat titi gantung tu.

14.30 p.m : setelah berehat2, tukar baju semua. aku ingat kiteorang nak pergi lunch tapi salah rupanya kiterorang akan ke sg. moroli dekat ranau. okay bae marilah kita dimassage. selalu saya je massage kaki awak. biar ikan2 pulak amik kerja saya.



Baru aku tau ikan ni nama dia ikan kelah. aku tak tau kenapa ikan kt sini gemok2 besar2. makan daki2 orang agaknya. 

16.00 p.m : setelah semua oenat bertarung dengan ikan2 dekat sg.moroli. marilah kita balik makan. perut dah lapar. sempatlah grab  goreng pisang cheese, air 3 botol, jambu  madu serbuk 1.

16.30 p.m : kami singgah makan digerai yang berhampiran dengan resort. dekat atas ni jangan lah nak mimpi jumpa restauran sedap2. memag tak ada. kena pergi ke pekan ranau lah kalau nk makan sedap sikit. tapi nasi goreng kat kedai ni sedap jugak. aku and bae makan 2 ketui chicken wings and mee goreng daging. okaey2lah.

17.30 p.m : kami pon balik ke chalet.  sebab malam ni dorang cakap nak buat sandwich sardin untuk dinner. matilah kau nak.. encik husband tak makan sardin πŸ˜‚

Pukul  18.00 kat sini dah gelap dah samalah macam delat boracay waktu dia. siang and malam cepat.waktu solat pon lebih kurang sama. bila malam menjelma.. aku tahu kundasang ni waktu malam dia memang sejuk sangat. nasib tak baik masa ni musim lembap pulak..hujan renyai2. So duduk dekat dalam bilik hotel and duduk kat bilik chalet tak sama rasanya. Rupanya dekat chalet nak pijak lantai pon takut. Semua pakat bersembunyi dalam selimut takut kesejukkan. Aku pon xbawak baju sejuk pon. Sebab nak save beg. Nasib stoking bae beli tu berguna tuk aku. Bae lagilah langsing xbawak seluar panjang and baju sejuk. Berlagak tak percaya cakap aii sangat. Amik habuan..

Tapi sayangnya malam ni mesti bintang. dah 4 5 kali blackout. nak duduk drkat luar nak enjoy the view pon semua ketakutan sebab sejuk teramat sangat dah level2 oversea. bae tak yah lah pi oversea. 😁

Disebabkan orang yg tak makan sardin tapi dia makan jugak hampir 3 roti sardin dia melantak. bae kepeningan malam tu sampai muntah2. aku pon sama terjebak nak termuntah. kesiann bae..

Belanja hari ke 3 : 
Keychain rumah terbalik 2 pcs: RM14.00
Biskut and chocolate : RM2
Air 3 botol : RM6
Goreng pisang cheese : RM 3
Jambu serbuk : RM1.50
Rokok bae : RM17.00
Total : RM 43.50

Lain2 belanja disponsor untuk hari ini.

Hari keempat : Desa Castle fairy farm

9.30 a.m : kiteorang check out dan bertolak terus ke desa castle fairy farm. harini kami lah pasangan yang paling lambat. harini je ke bukan dah beberapa hari dah ke. πŸ˜…

10.00 a.m : kiteorang sampai ke desa castle fairy farm. memang crowded gila penuh dengan pengungjung kat sini seawal pagi. nasib datang awal kalau lambat jem masa nak naik.




Jangan tak percaya kami digelar pasangan paling sweet. auuchhh 😜

Aku datang sini semata2 nak minun susu fresh lembu ni je. bae dah melabur untuk fresh milk ni 10 kotak
3 besar 7kecik and yogurt 3 bekas. RM70.00
Beli lagi breakfast sosej jumbo seketul and waffle chocolate. RM8.50.


Hampir 2 jam dekat situ. memang best sebab dapat bagi makan and minum susu dekat kambing dengab lembu. kenapalah bae penakut sangat dengan binatang. ehmmmm 😣 macam mana nak buka zoo ni ??

Dalam  pukul 12.30 kiteorang turun balik ke pekan kundasang singgah dorang nak shoppinh buah buahan and sayur sayuran. aku sempat grab 4 jenis buah RM10 je. buah delima, buah mangga rapuh, buah ciku and buah cinta hati.πŸ’˜

Nilah rupanya buah cinta. dorang kat sabah panggil buah cinta tapi rasa dia mcm buah markisa. tak pernah tengok pon buah ni. dorang cakap siapa yg cinta dia suci and manis kalau makan akan rasa manis..kalau tak dia akan rasa pahit2 kelat. hahahaha. aku telah je sebungkus ni sedap je.

14.00 p.m : kiteoranh singgah dekat tempat kuda. kat sini dah kepanasan sudah cuacanya baa. nak tengok kuda pon xsemangat dah. dengan kelaparannya. dengan kuda sombong2 belagaknya. ahh tak tahan..


15.30 p.m : kiteorang makan lagi lokan panggan dekat sepanggar. kali ni gerai yg kami pergi depan sekit dari gerai kami pergi haritu. dia punya lokan and sos dia lagi sedap. rasa dah 3 talam makan tapi sebab share 4orang rasa macam tak cukup je. selagi tak berhenti selagi tu la nak makan. 

Kali ni bae nak belanja katanya. berenut depa nak membayar. kenalah lebih kurang RM90 semua sekali.. Amekau...

Belabja untuk hari ke4 :

Fresh Milk : RM70
Walfle and sosej : RM8.50
Rumput & susu botoi : RM6.00
Buah : RM10
Lokan panggang : RM90
Total : RM 184.50

Hari terakhir : bukit kokoi and abc gunung kinabalu
Dekat bukit kokou nilah baru dapat tengok the whole view KK. cantik pulak tu. 15 minit nak kesini tapi bukit dia tinggi betui pening kepala aku. akhirnya terlepas jugak bae merasa abc gunung kinabalu sebelum balik.




Hari terakhir shopping :
Baju ryqal : RM18
Seluar bae : RM25
Ikan kering and belacan : RM20
Panadol : RM4.00
Asam : RM 4.00
Total : RM71.00

Total keseluruhan belanja 5 hari : RM516.90