Tuesday, 1 February 2011

All Of Me ...



Dear Diary...

Hi nama aku Nur Natasya Mohd Yusof, aku berusia 21 tahun..Aku di lahirkan di Kg. Mengkasar Pekan Pahang pada 8 Februari 1989. Aku di besarkan di Kulim, Kedah. aku datang dalam keluarga yang sederhana, aku mempunyai seorang kakak dan seorang adik lelaki.

pendidikan ...

Aku mendapat pendidikan awal di tabika kemas, kolej mara Kulim,Kedah, kemudian pada tahun 1996 aku menyambung pembelajaran aku di SRK. St'Annes Convent Kulim hingga ke darjah lima. Aku menamatkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) di SRK Tunku Abdul Malik.

Pada tahun 2002, aku telah melanjutkan pelajaran aku di SMK Tunku Panglima Besar Kulim, Kedah sehingga aku tamat menduduki Penilaian Menengah Rendah(PMR). Pada tahun 2005 hingga 2006, atas sebab yang tidak dapat aku elakkan, aku terpaksa menyambung pelajaran dan menghabiskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Damansara Utama, Petaling Jaya.

Pada tahun 2007, aku telah mengikut Program Latihan Khidmat Negara selama 3 bulan. Kemudian mencari pengalaman bekerja selama 6 bulan di salah sebuah syarikat swasta sebelum aku menyambung pelajaran peringkat sijil di Kolej Komuniti Kulim selama 2 tahun dalam jurusan perakaunan perniagaan.

Pada tahun 2010, aku menyambung perkhidmatan aku di syarikat yang sama selama beberapa bulan sebelum ditawaran menyambung pelajaran di peringkat diploma di Kolej Polytech Mara, bangi dalam jurusan Pengurusan Perniagaan selama 3 tahun.

zaman kanak-kanak riang...

Sewaktu aku kecil, aku antara anak yang sangat rapat dengan mak aku, wajah aku pula semakin lama semakin mirip mak aku. orang panggil aku "anak mak" sehinggalah aku dah besar panjang aku dikatakan klon kepada mak aku.

Mak aku cakap, sewaktu aku msih bayi, aku bukanlah macam bayi-bayi yang lain yang suka merengek, suka menangis malam, suka buat hal. aku senang sekali nak jaga. tak banyak meragam bak kata " sumbat je susu tertidurlah aku berjam-jam." senang mak aku nak buat kerja dia yang lain.

Sepanjang aku meniti hari-hari tumbesaran aku, kakaklah sahabat rapat aku. Kami membesar sama-sama. kadang-kadang kami macam pasangan kembar pakaian kami selalu sama cuma membezakannya adalah corak dan warna saja. mungkin sebab jarak umur kami yang tidak jauh beza membuatkan kami sangat rapat. Adanya kakak tak rasa sunyi sebab kakak selalu kat sisi dan temani hari-hari aku. Kakaklah sahabat pertama aku.

Panggilan manja aku dirumah ialah "adik", kononya akulah anak bongsu. tapi sejak umur aku mencecah 7 tahun aku dikurniakan seorang adik lelaki yang digelar sebagai " boboy " mungkin dia satu-satunya anak lelaki mak dan ayah aku.

Boboy seorang bayi yang bagi aku sangat comel. tapi malangnya semasa kelahiran dia doktor mengesahkan oksigen dia tidak sampai ke otak. serta dia menghidap paru-paru berair. Aku cuma dapat melihat boboy terkurung di dalam sebuah tabung dan setiap badan dia dipenuhi wayar-wayar.

Doktor kata peluang untuk boboy membesar seperti kanan-kanak normal yang lain agak tipis. kemungkinan bila besar boboy akan menjadi kanak-kanak yang terencat atau tidak normal. Puas mak dan ayah aku keluar masuk hospital sehingga berhabisan duit untuk merawat boboy.

Akhirnya bila boboy semakin besar, dia membesar seperti kanak-kanak lain. semakin lama semakin besar dan tinggi. aku tak nampak pun symptom terencatan pada boboy yang doktor pernah katakan dulu. cuma dia tidak boleh menjalani aktivi-aktiviti yang agak lasak.

gambar diambil sewaktu aku berusia 8 tahun.
masa ni semua tak mandi lagi..

Tapi hubungan aku dengan boboy tidaklah seperti hubungan aku dan kakak. kehadiran boboy telah meragut kasih sayang yang sebelum ni aku rasa. mama pun dah tidak manjakan aku macam dulu lagi.semakin lama semakin aku tidak suka. mungkin sebab cemburu yang meluap-luap. pantang bertentang mata ada saja yang tak kena. bergaduh macam kucing dengan anjing.

sejak kecil aku tercari-cari personaliti dan sifat sebenar aku, tapi waktu kanak-kanak aku lebih cenderung kepada sifat yang pendiam, suka menyendiri, agak kasar, pemarah dan lebih kepada lelaki. Mungkin sejak kecil aku dah terbiasa dengan pakaian yang agak kelakian. maklumlah dulu sewaktu mama mengandungkan aku papa teringinkan anak lelaki tetapi dapat aku pulak. itulah macam tomboy sikit.


zaman persekolahan...

sewaktu disekolah rendah, aku antara pelajar yang sangat meminati sukan permainan. Setiap kali permilihan acara sukan aku antara pelajar yang terpilih tapi disebabkan jarak rumah dan sekolah terlalu jauh, aku jarang sekali dapat menghadiri latihan sukan. kadang-kadang aku terpaksa stayback  kerana mama enggan menghantar aku ke sekolah pada sebelah petang. kadang-kadang aku menaiki bas awam seawal pagi supaya dapat sertai latihan tersebut.

 pada usia baru beberapa tahun masa itu memang agak berbahaya tapi dari kecik aku telah belajar untuk memberanikan diri. mungkin pada masa itu kes-kes penculikkan dan pembunuhan tidak seperti hari ini yang semakin menjadi-jadi. Mungkin sebab minat aku sanggup asalkan aku dapat bertanding pada hari sukan nanti.

Oleh kerana jarak rumah kesekolah terlalu jauh aku mengambil keputusan untuk berpindah kesekolah yang lain sewaktu aku di darjah 6. dan dari situlah aku mula berjinak-jinak semula dalam sukan permainan. dan dari situlah aku buktikan yang aku boleh Berjaya dalam sukan yang aku minat.

 Aku digelar sebagai "bintang baru" disekolah baru aku kerana banyak memenangi pingat terutamanya dalam acara lompat tinggi dan lumba lari. kemenangan yang diraih membawa aku keperingkat sekolah-sekolah daerah Kulim. Malangnya semangat untuk bersukan terhenti sewaktu aku berusia 14 tahun. kerana sewaktu itu aku dapat rasakan yang badan aku dan stamina aku tak secerdas duhulu. aku mengambil keputusan untuk berhenti dari bersukan.

sejak itu, minat aku mula beralih kepada bola baling dan hoki,
kalau ada bola sepak pun aku rasa mesti aku terlibat juga. setiap petang selepas habis waktu sekolah, petangnya aku dan kawan-kawan akan menghabiskan waktu dipadang sekolah. inilah life aku dengan kawan-kawan. kami banyak habiskan masa dipadang berlatih untuk tournament akan datang.

zaman persekolahan yang membuatkan aku rindu pada kawan-kawan aku setiap masa. malangnya zaman persekolah sudah lama berlalu. kawan-kawan aku semua dah berkahwin dan bawa haluan masing-masing. semua dah berlainan sekarang dan kemesraan itu tak mungkin berulang lagi. but life must go on.. 



to be continued...















  



No comments:

Post a Comment