Friday, 8 September 2017

TARAJr πŸ‘Ά~ Final preparation before deliver..

Final preparation before deliver..


 Salam uolss..
Harini sis nak sharing2 sikit pasal persiapan sis diakhir2 kandungan ni. Memandangkan sekarang sis dah masuk trimester ke3. Sekarang kandungan sis dah 8 bulan. Hanya sebulan je lagi sis nak menimang buah hati. 😚 sis sangat excited uolss.

Bagi ibu2 yang tengah pregnant macam sis ni. Benda ni sangat penting untuk kita remark dan prepare sebelum kita melalui proses bersalin ye. Buat final check.

1. Hospital/klinik bersalin

Last check up sis dengan klinik normah masa sis 27weeks. So sis ingat nak sambung check up dekat hospital umra seperti dlm planning. So sis pon pergi umra untuk buat appoitment apa yg sis dpt adalah sikit info yg berbeza dari mulanya. Target sis dgn husband, kalau boleh doktor perempuan, dekat dgn rumah, husband boleh teman masa dlm labor room. Mulanya cakap 99% doktor perempuan tapi sekarang dia cakap 50-50. Doktor lelaki and perempuan.
 Pakej doktor perempuan dekat pusrawi pon agak mahal. So sis xboleh decide sampai kena marahlah dgn husband xsemena2. Dgn perasaan sedih mungkin allah nak permudahkan masa otw balik beli makan dekat husband ada nampak 1 klinik bersalin dekat dengan rumah. Pakej pon bagus dan menarik. Doktor perempuan. Apalagi terus confirm klinik bersalin Nor. DoktoΕ• dia pon bagus. Tapi bukanlah 5star hospital bersalin. Sehari 2 je pon nak duduk. Janji dekat dgn rumah.

2. Weekly checkup

Weekly checkup ni penting untuk kita tahu perkembangan ibu dan bayi dalam kandungan. Masuk trimester3 ni 2 minggu sekali doktor akan buat appoitment untuk kita sampailah kita bersalin. Macam last week sis check up 32 and 34 weeks, sis scan baby nak confirmkan jantina. Confirm baby boy. Jantung dan pertumbuhan bayi okay. Baby dan ibu dia ni sihat je. Doktor cakap hb sis baik, cuma kena jaga permakanan. Kurangkan kafein. Uri dan air ketuban pon semua okay. Kepala baby dah turun cuma xmasuk dlm rahim lagi. Masih boleh pusing2 tu baby sgt aktif skrg.berat baby doktor anggar 2.9-3.2kg normal la tu. Due sis 8.10 kemungkinan bole lahir awal 2 or 3 minggu. Be ready je lah.

3. Barang2 mommy and baby ke labor room.

Di usia kandungan 32-34 weeks mommy2 dah boleh prepare barang2 yg perlu di bawa ke hospital. Prepare barang baby, mommy and daddy letak dalam beg and letak dalam bonet kereta supaya tak kelam kabut nanti. Husband pon xkalut dah nk mencari. Macam sis dah prepare barang baby ke labor dah asing dalam 1 beg plastik.

Beg baby ke hospital.


1. Pampers 8 keping
2. Baju tangan panjang sehelai
3. Bedung 2helai
4. Tuala mandi 2 helai
5. Blanket bertopi 1helai
6. Barut 4 helai
7. Wet tissue 100pieces
8. Topi 2 helai
9.mitten & bottie 2 psg
10. Baju tangan pendek 2 psg
11. Sapu tangan kecil
12. Breast pump&bottle
13. Minyak telon

Beg mama kehospital


1. Tuala mandi 1 helai
2. Tuala muka 1 helai
3. Toiletries
4. Kain batik 
5. Baju pulang
6. Stoking 1 pasang
7. Cardigan/sweater
8. Disposable panties
9. Maternity pad
10. Slipper
11. Nursing bra
12. Minyak panas/minyak cap kapak
13. Minyak selusuh/ kelapa dara
14. Yassin
15. Biskut&milo
16.air zam2
17. Ic
18. Check up book

Barang Papa

1. Selimut
2. Bantal
3. Pakaian
4. Charger
5.tab/handphone
6. Plastik beg 2 utk bungkus uri
7. Beg untuk baju kotor

4. Confinement set/set berpantang


1. Mandian herba
2. Bertangas
3. Body scrub
4. Barut
5. Bertungku
6. Barut
7. Berurut
8. Pemakaian pilis tepel
9. Set jamu/suppliment

Mommy2 dah servey2 ke nak pakai set berpantang apa ?? Ada org suka jenis tradisional ada yg suka berpantang style moden. Tapi sis prefer tradisional lagi bagus.memang agak leceh tapi kesan dia superb. Untuk makan macam jamu semua maybe mommy2 bole amik selepas pantang sebab mommy2 tengah menyusu takut baby kuning atau sakit perut. So untuk minuman herba dan jamu2 asli sis import dari kg lah. untuk set mandian herba, bertangas, body scrub, pilis tepel, barut dan bertungku semua sis dah ada lengkap semua sis xpayah nak beli lagi. Cuma kena upah tukang urut je la. Kita je dok urut orang sebelum ni siapa nak urut kita pulak ?? πŸ€” act, benda ni penting xkiralah kita beranak czer or normal. Memang kena amalkan benda2 ni kalau nak cantik menarik sihat walafiat ye uolss.

5. Prepare list lauk dan menu berpantang.

Sebelum nak prepare list dan nak buat menu berpantang, uolss mommy2 yg baru ni kena identify dulu makanan apa yg boleh dimakan and tak boleh dimakan waktu berpantang. Kat sini sis share sikit supaya mommy boleh take note.

 Step 1 : kenal pasti jenis makanan yang boleh dan xboleh dimakan sewaktu berpantang. Sebelah kiri tu boleh sebelah kanan xboleh.


Step 2 : list senarai barang makanan berpantang yg nak dibeli. List ni boleh bagi dekat husband suruh beli. Sebab husbamd kita dia xtau makanan apa yg kita pantang. Kang dia bagi makan seafood pulak.

Ni contoh list sis. Beli makanan2 dan lauk2 simple je yg murah2 dan senang nak dapat. Yang penting berkhasiat penuh dgn vitamin, protein dan kibohidrat sebab kita menyusu baby.


Step 3 : baru buat menu berpantang. Yg ni untuk kesenangan org yg nak masakan pantang untuk kita. Tak delah dia poning hari2 nak masak apa. Kita pon xdalah jemu makan yg sama hari2. Yang penting cukup syarat. Masakan rebus, bakar, kukus dan pangang je boleh.

Contoh menu berpantang.siapa cakap makan berpantang xsedap ?? 



Contoh sarapan dan lunch untuk berpantang. Uolss dah dapat idea ke x nak buat menu berpantang??

6. Suppliment menyusu

Kadang2 ibu2 baru ni ada perasaan takut dan risau tentang penyusua bayi. Risau susu xcukup, risau susu xkeluar, risau baby xkenyang. Selain dari mengamalkan makanan seperti kurma, herba, susu dan lobak putih yg menambah susu ibu. Untuk lebih cepat dalam masa yg sama kita boleh mengambil suppliment untuk milk booster yg dijamin keberkesanannya. Act,sis dah servey byk product tapi sis prefer product yg sis in law sis jual Femilac. "Sebab kunyah2 je dah bengkak katanya." πŸ˜‰ melimpah ruah susu boleh buat stok banyak2. Baby kenyang mama senang !!