Hi blog readers..
Tengok tajuk diatas dah tahu dah lepas ni cik.kekasih rajinlah tulis entri pasal perkembangan kandungan cik.kekasih. walaupun terasa kemengahan dan kemalasan sejak kebelakangan ni tapi gagah jugak berblogging.
Hari cik.kekasih nak share sikit pasal tanda-tanda awal kehamilan cik.kekasih yang mana semua pun pernah mengalaminya. Tapi setiap tanda-tanda dan sintom kita semua berbeza-beza. jika kita tanya dekat mak kita pon dia akan cakap setiap anak yang dia kandungkan berbeza2 sintomnya.
Setelah mengetahui yang aku disahkan hamil, aku mula mengkaji tentang tanda-tanda kehamilan aku. banyak yang aku baca tentang tanda-tanda kehamilan ni. contohnya, terlambat period, ada percikan darah yang keluar atau tompokan chocolate yang akan keluar dari kemaluan kita, morning sickness, payudara membengkak dan sensitif, kurang nafsu makan dan sebagainya.
1- 2 minggu kehamilan...
Aku mengalami morning sickness, dimana setiap kali pukul 11 pagi dan keatas. dalam sehari ada 2 ke 3 kali. bila aku nak termuntah ada benda yang mcm tersangkut dekat perut aku dia loya ja tapi dia tak muntah pun tu lah namanya "morning sickness". kencing tidak lawas..ni paling seksa bila kencing xpuas. sejak2 ni aku rajin jadi minah jamban.
Ada sesekali rasa badan macam lemah je..rasa nak demam pun ada.
Permakanan : 3 hari selepas last period aku dah mula makan asid folic yang aku beli dekat farmasi. Ni bukan asid folic biasa yang ni yang mahal sikit 1 kotak RM30. Nama dia IBERET FOLIC 500 yg mengandungi iron, vitamin c, b complex dan asid folic. Lelaki perempuan pon boleh makan. Ibu mengandung dan ibu menyusu pun bagus makan bagi menambah susu dalam badan. informasi yang aku dapat asid folic ni bagi meningkatkan kesuburan wanita selain tu boleh cepat dapat baby.
2 - 3 minggu kehamilan...
Aku mengalami nafsu makan yang luar biasa. setiap jam aku rasa nak makan. dalam 1 hari 5 6 kali jugak aku makan. mengidam tu ada tapi mengidam yang biasa2 bukan mengidam yang pelik2 lagi. Ada sekali tu aku teringin sangat nak makan rendang daging sampai aku minta encik husband pusing 1 KL cari rendang daging.
Permakanan : aku lebih suka makanan yang mengandungi protein, vitamin dan karbohidrat. Macam daging, ayam, ikan, paru, seafood. Roti, ubi kentang, salad, pasta, susu, jus buah dan buah-buahan. makanan asam2 yg masin2 atau yg aku suka and selalu makan aku dah tak teringin pulak.
3 - 4 minggu kehamilan...
Aku mengalami kesakitan dibahagian payu dara, payu dara kelihatan membengkak dan sensitif bila disentuh. rasa nak menangis ja bila tersentuh dengan apa2. badan mula rasa letih, lemau dan lesu je. baru buat kerja sikit, berjalan sikit dah letih. nak buat apapon dah tak nak. kemalasan je rasa. saiz badan pon mula berubah, rasa melebar dan membuncit je. kalau timbang masa ni berat dah naik 2kg dari berat yg asal.
Permakanan : dalam tempoh ini, embrio memerlukan banyak gizi yg berkhasiat daripada ibu supaya dia dapat berkembang dengan pesat. Tempoh ini juga aku ambil buah delima 1 hari dalam 20 biji. 10 biji siang 10 biji malam untuk menguatkan rahim. buah delima banyak khasiatnya. dalam 1 biji buah delima ada 1 penawar. selain boleh menguatkan rahim kita biji delima dapat merawat luka. ubatan dan vitamin dari doktor harus dimakan setiap hari jangan miss.
4 - 5 minggu kehamilan..
Masa ni rasa loya atau morning sickness dah hilang. sakit kepala, sakit badan, sakit dibahagian perut menjadi2. Mungkin embrio sedang membesar. Pakaian ketat dan sendat dah tak selesa nak dipakai lagi. Nak bersiap cantik2 pon agak kemalasan waktu ni. selalu je rasa nak buang angin sekarang ni. sehari tu lebih 5 kali buang angin. en husband sampai marah.😂
Permakanan : air lemon bagus bagi ibu mengandung dan bayi selain dari menstabilkan tekanan darah dan memberi vitamin kepada badan, ia dapat meningkatkan perkembangan otak bayi dan mempercepatkan pertumbuhan tulang bayi. disaran tempoh ini harus mengambil sekurang2nya sebungkus biskut atau segelas jus atau susu sebelum tidur.
Tips lain : ibu yang hamil sekurang kurangnya perlu makan 5 kali sehari.
Mungkin setiap orang pon mengalami pengalaman yang berbeza. tapi bagi ibu yg hamil dalam tempoh 1 bulan disaran supaya menjaga kesihatan dan mengambil permakanan yg sihat. aku bersyukur sebab dlm tempoh 1 bulan kehamilan aku tak mengidam benda yg pelik2 dan tak berkhasiat..selagi mampu nak masak benda yg berkhasiat selagi tu aku buat. minta2 jangan nak makan benda pelik2 je. jangan banyak berjalan, berdiri terlalu lama, jangan angkat barang berat, jangan melakukan aktiviti lasak. Jangan memakai pakaian yang ketat. banyakkan berehat. biarlah kemalasan tidur dalam tempoh sebulan ni supaya bayi dalam kandungan selamat.
Jika terdapat sakit dibahagian perut yang berlarutan, kanan perut kiri perut atau kedua2 nya silalah berjumpa doktor. sekiranya mengalami pendarahan yg tidak henti jangan dibiarkan silalah ke hospital ye. apapon rezeki itu ditangan tuhan. kita doa yang terbaik untuk kandungan kita. aminn.