2014 please be nice to me..
Berhijrah ke Kuala Lumpur dan terus menetap di sini adalah keputusan muktamad aku setelah tamat pengajian aku di IPTS. Kata orang bukan senang nak menyara hidup di negeri orang tambahan pula kos sara diri dah semakin meningkat, semua benda dah naik, sekarang aku pulak macam nak naik darah. peluang pekerjaan pulak memang banyak tapi dengan sijil yang aku ada belum tentu menjamin pekerjaan yang aku harapkan.
Banyak syarikat memerlukan pekerja yang mempunyai pengalaman yang luas serta bijak berkomunikasi. Aku ni pulak, sampai sekarang masih tercari-cari skill apa yang aku ada. Bagi aku, aku percaya pada rezeki allah. rezeki itu ada dimana-mana. cuma aku kenalah rajin sikit. Pengalaman yang aku peroleh di Parlimen tahun lepas, aku harap dapat mengukuhkan lagi pengalaman aku.
Ada yang cakap, kenapa tak duduk dan kerja saja di utara ??
rumah kat sana tak ada siapa yang jaga tambahan pula dekat dengan kakak and mama. kalau terus menetap di sanakan lebih jimat. Aku setuju apa yang diorang cakap, memang betul kalau nak dibandingkan kehidupan aku disana mungkin lebih terjamin dan tak perlu bersusah payah menghadap jem hari-hari, membazir duit menyewa, nak struggle sorang-sorang, Tapi aku ada sebab aku sendiri, lagipun hati aku dah mati kat sana.
Terlalu banyak kenangan yang dah aku lalui kat sana sehinggakan aku tak sanggup lagi nak terus menetap di sana. cukuplah sesekali balik menjenguk mama,kakak dan mia.biar lah aku bawa diri aku dan mulakan semua kehidupan yang baru.
kata-kata papa masih segar diingatan aku. Akhirnya,Inilah jalan yang aku harus pilih. Dan aku masih lagi seperti aku. Hidup seperti dalam dunua aku sendiri. Masih kosong dan tercari-cari siapa pemilik tulang rusuk ini. aku redha dengan takdir allah. Ada hikmah disebalik semua kejadian..
yakinlah hidup aku pasti berubah dan menemui kebahagiaan yang aku impikan kelak.
yakinlah hidup aku pasti berubah dan menemui kebahagiaan yang aku impikan kelak.
you can't start a next chapter of your life, if you keep re-reading the last one..