Thursday, 6 December 2012

Bermulanya di sini..

Kolej Komuniti Kulim..


Bermulanya disini...
Aku belajar tentang banyak perkara..
Aku belajar menjadi seorang pelajar yang sangat pantual..
Aku antara pelajar yang selalu datang ke kolej setengah jam awal. maklomlah rumah aku dengan kolej bukanlah jauh sangat. drive dalam 5 ke 10 minit dah sampai. Aku selalu datang awal sebab tak ada apa pun kat rumah yang aku boleh buat. bosan sangat so datang awal boleh lah berborak-borak dengan kawan-kawan yang lain.
Aku belajar menjadi pelajar yang bertangungjawab..
Setiap tugasan assignment aku, aku akan siapkan dalam tempoh yang ditetapkan. bentuk assignment aku tak payah cakaplah. orang typing guna black ink atau pun guna hand drawing. aku punya assignment berwarna warni siap drawing-drawing guna computer tau. baru lecturer celik sikit tengok assignment aku. betul atau tak jawapannya belakang ceritalah..
budak seni masuk kelas account tak payah dok sembang banyaklah..akhir semester confirm-confirm ulang sem nih. itulah perkara-perkara yang sering menjadi igauan aku sewaktu aku belajar dalam jurusan perakauanan perniagaan..
Aku belajar menjadi seorang friendly..
Aku sering membantu kawan-kawan aku yang memerlukan bantuan aku. Bila ada kawan-kawan yang tidak faham tentang bentuk tugasan atau ada masalah lain akulah yang akan siapkan untuk mereka. baiklah sangat aku ni. Aku tak pernah membezakan atau memilih kawan, biarpun berlainan bangsa sehinggakan seorang pelajar india meletakkan nama aku dalam 3 senarai nama orang yang paling dia sayang sewaktu dalam kelas pembangunan diri.. 
" jamuna, kenapa kamu letakkan natasya dalam list orang yang kamu sayang.." 
" semasa saya masuk kolej ni, semua orang pun tak nak kawan dengan saya, natasya saja mau kawan dengan saya.."
ini tak kelakar bagi aku
" nice to people, people will be nice to you."
Aku antara pelajar yang jarang ada masalah disiplin, bukan jarang rasanya tak da langsung. hubungan aku dengan lecturer, staff dan pelajar-pelajar lain juga sangat baik.
Aku juga antara pelajar yang sangat aktif, ada je pemilihan ke kem-kem ukhwah atau motivasi, mesti aku yang angkat tangan nak pergi. aku bukannya apa. bukan nak sangat ada nama atau gila jawatan. aku bosan sangat duduk rumah. bila pergi kem boleh jumpa kawan-kawan baru, aktiviti dia pon menarik.
Mungkin sebab itulah lecturer-lecturer bersepakat memilih aku sebagai ketua pelajar dan YDP kolej.
nak ikutkan level prestasi atau pointer aku, aku adalah pelajar ke 2 terbaik dalam sem aku. ada yang lebih baik dari aku, 1 sem ada 10 orang memang senanglah nak kejar. cuba ada 100 orang mungkin aku yang ke 100 tu. Kolej baru memang macam gitu. apa nak hairankan.

Aku belajar menjadi seorang pemimpin..

Aku nak pimpin orang. dengar aku jadi pemimpin pun dah geli. macam mana lah rupanya. pimpin diri sendiri pun tak betui. nak bandingkan aku dirumah dengan aku dikolej memang jauh berbeza. di rumah aku cuma buat hal aku, banyak berkurung dalam bilik berjam-jam, tak banyak bercakap..Tanya sepatah jawab sepatah. memang luar biasa..

Setiap kali ada lawatan atau aktiviti diluar kolej. aku diberi kuasa untuk handle student-student..takat 1 bas tu tak da masalah bagi aku. bagi gula-gula duk senyaplah depa.. setiap kali ada aktiviti yang melibatkan kolej-kolej lain, aku selalu mendapat perhatian. tambahan aku adalah satu-satunya ydp perempuan. nowonderlah..glamourlah hakak sekejap masa tu..

kat kolej ni lah yang banyak mengajar aku tentang banyak perkara, tentang kehidupan, tentang masalah disiplin pelajar, masalah pelajar dan lecturer..Dari situlah aku cuba belajar menjadi seorang yang lebih berguna pada mata masyarakat.

Bila dikolej terpesong dari diri aku sebenar, sifat pemalu aku automatik hilang..aku boleh berdrama, menyanyi dan  bercakap depan orang ramai..maybe sebab tak banyak sangat lelaki so tak jadi masalah kot. cuba kalau ada lee min ho kat depan aku. confirm aku keras macam batu. bak kata aku lebih confident bila nak bercakap depan umum. satu peningkatanlah bagi diri aku.

Aku antara pelajar yang sangat konsisten. result aku semuanya 3 pointer.. Walaupun aku tak minat dengan course yang aku ambil ada certain-certain subject yang boleh aku scor.  Walaupun aku tak suka dengan course ni bukanlah menjadi satu alasan untuk aku tidak belajar.. aku bertungkus lumus, bersengkang mata, tidur sampai pukul 4 pagi demi nak siapkan report dan assignment aku. itulah usaha yang aku bawa sampai aku di anugerah beberapa sijil penghargaan dikolej dan dinobatkan sebagai pelajar cemerlang dikolej.

Waktu aku diumumkan sebagai pelajar cemerlang. Omaigadd !! nak pengsan mak. macam tak percaya itu nama I. Papa pun terkejut jugak.. betulker anak aku ni.. mesti tak cayakan. aku pun tak caya. aku dah buktikan kat papa yang aku boleh belajar dengan sungguh-sungguh.
Papa mesti bangga dengan aku. 

Terharunya..kalaulah waktu kat sekolah aku serajin ni. mesti aku dah belajar kat university oxford sekarang ni. Amboi jah jauh sangat tu Uitm sudahlah..

Biar mimpi sampai ke bintang..