Friday, 9 March 2012

School life VS College life..

Sewaktu aku di bangku sekolah, selalu aku menghitung hari tak sabarnya aku nak cepat dewasa, tak sabarnya nak memasuki alam kolej sebab aku dah muak hidup dan berlajar disekolah kerana terpaksa mengikuti semua undang-undang peraturan sekolah yang bagi aku sangatlah membosankan.
tambah aku ni adalah salah seorang pelajar yang paling tak suka nak ikut peraturan sekolah yang sangat sengal tu. bak kata orang, kau ingat sekolah tu bapak kau punya ka ??' kesah pulak akukan.
orang datang latihan sekolah pakai kasut putih, aku pakai kasut merah..Orang pakai baju plain putih, baju aku pulak bercolor dan corak-corak lagi bak hang..kalau bernasib baik terlepas lah. kalau tak kena halaulah balik..

Aku dah bosan beruniform putih kesekolah, kasut putih, baju putih tudung pun putih. ala bosanlah bila boleh dressup cantik-cantik kesekolah. itu pun bila ada jamuan hari raya disekolah.. masatu lah baru ada kesempatan nak bergaya sikit.
setiap hujung minggu terpaksa basuh kasut sekolah dan kapurkan maklomlah aku ni sehari kat sekolah kasut dah macam belacan. buas sangat macam kat sekolah aku tu macam pusat latihan tentera pulak ye..
lepas tu,
kalau esoknya nak sekolah, mulalah cari tu tak jumpa-cari ni tak jumpa.. nak kena iron baju dan tudung paling aku tak suka tu..lepas tu terbakar hangus baju aku. kesian mak aku setiap tahun pasti tempah 3 helai baju sekolah untuk anak dia. sebab at last sehelai je yang boleh pakai..yang lain dah berlubang.
kalau pagi-pagi nak kena bangun waktu subuh-subuh nak kena mandi pastu tunggu bas datang pick up.. dengan mengantuknya tak payah nak habaq lah. dengan ramainya dalam bas terpaksa terhimpit-himpit..menyampah sangat. Kalau lewat kesekolah mulalah kena catit nama..erkkkk !!!
Dah tu apa lagi..
kalau ada checking-checking ni.. yang kuku panjang, yang tudung singkat, yang tak pakai stoking, yang tak pakai singlet,  yang yang dan segala yang lah.. semua kena amik nama dan kenakan tindakan. bilalah nak dewasa ni ???
setiap pagi sebelum masuk kelas kena berdiri lama sebab perhimpunan. sehari cukuplah perhimpunan. ni setiap pagi nak berhimpun.
yang ni paling menyampah bila tak boleh nak bergaya sikit atau bawak handphone kesekolah. sangat lah hampeh..tambah-tambah hampeh bila kena dengan cikgu disiplin yang sangat sarcastic.

Selepas merima keputusan SPM, result yang aku perolehi tidaklah bergitu memuaskan. Semangat untuk melanjutkan pelajaran keperingkat IPT aku lupakan tambahan pula bila dengar mama membebel-bebel..

" Hang kalau sambung belajar nanti kat sana tak belajar pun buat perabis duit ja !!!"

kakak aku pulak..

" baik hang kerja je adik.. ada duit jugak bulan-bulan.."

ARGHHHHHH..sedihnya.. aku pun melupakan hasrat aku yang berkobar-kobar tu..
nak masuk university konon..mimpi je lah tasya oiii !!!

 aku pun mengambil keputusan untuk bekerja ..tapi bila tengok facebook kawan-kawan..ramai yang sambung study.. study semua kat university.. seronoknyaaa..

tetiba sms dari papa  yang aku terima...

Kau tak nak sambung belajar ke ??
result aku yang macam tu university mana ja nak aku..
kau muda lagi, apa kata kau apply kolej komuniti..??
beberapa bulan selepas itu, aku ditawarkan belajar di Kolej Komuniti, Kuala Langat dalam sijil multimedia kreatif.
aku rasa hanya kolej komuniti je lah yang layak untuk aku. tak kisahlah belajar kat mana-mana pun sama ja..

nak dijadikan cerita, selepas aku dan papa bank in duit pendaftaran kolej, kami singgah di MPKK untuk melangsaikan bil cukai pintu.. tetiba papa ternampak signboard Kolej Kominiti Kulim yang baru saja dibuka. Apa lagi terus dia menerpa ke Kolej tu.

Alangkah tidak seronoknya bila belajar di kolej yang berdekatan dengan rumah..lagi tidak menyeronokkan aku bila mendengar hanya satu course saja di kolej tu.. lagi lagi lagi tidak menyeronokkan aku bila course tu major dia perakaunan. I hate that !!!

" Kau belajar kat sini jelah. dekat dengan rumah, dekat sana nanti nak kena sewa rumah semua, kos dia tinggi. tambah kos macam tu kau tak kemana..kalau belajar course ni nanti nak kerja mana-mana senang.."

dengan muka macam cekodok basi tu, aku mengiakan semua cakap papa..


to be continued..